Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.dang.kan] | ممندڠکن

Definisi : memikirkan, (apabila) mempertimbangkan atau memperhitungkan: ~ pengalaman puan selama ini, saya dgn sukacitanya melantik puan sbg ahli jawatankuasa Kongres Cendekiawan Melayu III; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.dang.kan] | ممندڠکن

Definisi : membuat pertimbangan berdasarkan sesuatu: ~ kemahiran dan pengalamannya yg luas, beliau dilantik sbg pengurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memandangkanmembuat pertimbangan berdasarkan sesuatu: ~ kemahiran dan pengalamannya yg luas, beliau dilantik sbg pengurus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memandangkanmemikirkan, (apabila) mempertimbangkan atau memperhitungkan: ~ pengalaman puan selama ini, saya dgn sukacitanya melantik puan sbg ahli jawatankuasa Kongres Cendekiawan Melayu III;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpotensimempunyai potensi, berkemampuan, berkeupayaan: Memandangkan kebolehannya, beliau ~ utk menjadi pemimpin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keseriusankeadaan atau sifat serius: Dia dibantu memandangkan ~nya ingin melanjutkan pelajaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ex officio(éks efisyio) (Latin) (Udg) atas dasar, memandangkan atau disebabkan jawatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerapatanperihal atau keadaan rapat: pelabur Britain akan menjadikan Malaysia sbg pusat pelaburan yg paling menarik memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
potensi/poténsi/ kemampuan utk mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu; keupayaan: Beliau mempunyai ~ utk lulus dgn cemerlang. berpotensi mempunyai potensi, berkemampuan, berkeupayaan: Memandangkan kebolehannya, beliau ~ utk menjadi pemimpin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serius1 sungguh-sungguh; tekun dan tidak olok-olok: pekerja yg ~. 2 amat memerlukan perhatian (kerana mungkin berbahaya dsb): Penyakit kelapa sawit yg ~ ialah penyakit reput pd bahagian batang yg disebabkan oleh cendawan. keseriusan keadaan atau sifat serius: Dia dibantu memandangkan ~nya ingin melanjutkan pelajaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercinta1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak;Kamus Dewan Edisi Keempat
pandangpenglihatan terhadap sesuatu: melayangkan ~ melihat jauh-jauh; selayang ~ penglihatan sepintas lalu. berpandang-pandangan saling melihat; sama-sama melihat antara satu dgn yg lain: Orang besar-besar itu pula ~ antara satu dgn yg lain. memandang 1 menggunakan mata utk mengetahui; melihat: Perempuan tua itu ~ muka Abdullah dgn mata yg tidak berkelip-kelip. 2 menyetujui menerima sbg; menganggap: Saya ~nya sbg adik saya sendiri. 3 mengambil berat atau mengambil kira ttg; mempedulikan; memikirkan: Keadilan tidak ~ pangkat atau harta. ~ berat menganggap penting. ~ enteng (mudah, ringan) menganggap enteng (mudah, ringan). ~ rendah tidak menghormati; menganggap rendah. ~ serong menganggap tidak baik atau tidak jujur; tidak mempercayai. ~ tinggi menaruh rasa hormat (terhadap seseorang). memandangkan membuat pertimbangan berdasarkan sesuatu: ~ kemahiran dan pengalamannya yg luas, beliau dilantik sbg pengurus. terpandang 1 dpt dilihat; kelihatan; tampak: Tiba-tiba ~ olehku ular sawa melulur kambing. 2 tidak sengaja atau tiba-tiba saja memandang: Apabila keluar dr biliknya, ia ~ akan seorang gadis yg cantik. pandangan 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. berpandangan mempunyai anggapan atau pendapat (ttg sesuatu); berpendapat: Beliau ~ bahawa segala usaha akan ada hasilnya. pemandangan 1 kebolehan memandang; kekuatan mata utk memandang: ~nya sudah kabur. 2 keadaan alam sekeliling yg dpt dipandang: Di Malaysia, terdapat banyak ~ yg cantik dan menarik. 3 perbuatan (cara, hal dsb) memandang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas