Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.mang] | ميمڠ

Definisi : (mémang) sesungguhnya, sebenar­nya, sewajarnya, sudah sepatutnya begitu: ~ benar perkataan engkau itu; Zahar ~ selalu datang ke rumahnya; dihitung dr segi agama suaminya ~ berhak beristeri lagi; sememangnya 1. sebenarnya, sesungguh­nya: kami ~ berharap utk sehidup semati; 2. sepatutnya, sewajarnya: ia ~ harus bersuka ria dlm keadaan serupa itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.mang] | ميمڠ

Definisi : /mémang/ sudah begitu halnya; sudah tentu: ~ benar kata guru itu. sememangnya sesungguhnya; sebenarnya: Budak itu ~ nakal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memang/mémang/ sudah begitu halnya; sudah tentu: ~ benar kata guru itu. sememangnya sesungguhnya; sebenarnya: Budak itu ~ nakal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memang(mémang) sesungguhnya, sebenar­nya, sewajarnya, sudah sepatutnya begitu: ~ benar perkataan engkau itu; Zahar ~ selalu datang ke rumahnya; dihitung dr segi agama suaminya ~ berhak beristeri lagi; sememangnya 1. sebenarnya, sesungguh­nya: kami ~ berharap utk sehidup semati; 2. sepatutnya, sewajarnya: ia ~ harus bersuka ria dlm keadaan serupa itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpadanantidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yg diterimanya tidak ~ dgn tenaganya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpadanantidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yg diterimanya tidak ~ dgn tenaganya.Kamus Pelajar
sedia4 memang begitulah keadaannya dll; memang selalu demikian halnya: Yg hidup ~ akan mati juga sudahnya.Kamus Pelajar
sedia1 selesai dibuat; sudah jadi; siap: Makanan sudah ~ di meja. Rumahnya sudah ~, tetapi pagarnya belum. 2 sanggup dan cekap melakukan sesuatu dll: Jika tuan-tuan memerlukan sebarang bantuan, kami ~ membantu. 3 memang ada sejak dr mula atau sejak dahulu. 4 memang begitulah keadaannya dll; memang se­la­lu demikian halnya: Yg hidup ~ akan mati juga sudahnya. bersedia 1 ber­siap utk melakukan sesuatu atau menanti sesuatu: Tentera kita sudah ~ menghadapi musuh. 2 sanggup dan rela berbuat sesuatu: Kami ~ menolong saudara. menyediakan 1 mengadakan sesuatu utk tujuan tertentu: ~ wang utk pelajaran anak-anaknya; ~ kereta utk tetamu. 2 membuat sesuatu supaya siap; menyiapkan: Ibu sedang ~ makanan di dapur. sediaan bahan atau sesuatu yg disediakan khas, terutamanya ubat atau makanan: Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan sebarang ~ nikotin kerana boleh memberikan kesan pd janin. ke­sediaan hal atau keadaan sedia; ke­­­sang­­gupan: ~ tuan utk membantu sangat­lah kami hargai. persediaan 1 perbuatan atau hal bersedia; persiapan. 2 apa-apa yg disediakan atau yg sudah sedia: Mereka membuat ~ selama beberapa bulan utk perjalanan ke Kutub Utara. penyediaan perbuatan atau hal menyediakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sengajamemang diniatkan atau dimaksudkan begitu; memang dgn niat terlebih dahulu: Dia ~ tidak mahu datang. Kemalangan itu berlaku dgn tidak ~.Kamus Pelajar
sengajamemang diniatkan atau dimak­sudkan begitu; memang dgn niat ter­lebih dahulu: Dia ~ tidak mahu datang. Kemalangan itu berlaku dgn tidak ~. menyengaja berbuat sesuatu yg se­ngaja: Saya ~ supaya dia tahu akan ke­hadiran saya. menyengajakan me­la­kukan dgn sengaja: Perbalahan itu me­mang disengajakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dgn sengaja1. memang diniatkan (dimak-sudkan dll) lebih dahulu, memang diniatkan begitu: penyair ~ ingin berbeza drpd orang biasa; bukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin;Kamus Dewan Edisi Keempat
sengaja= dgn ~ 1. memang diniatkan (dimak-sudkan dll) lebih dahulu, memang diniatkan begitu: penyair ~ ingin berbeza drpd orang biasa; bukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 2. = bersengaja dibuat-buat, sahaja: geli benar hatinya melihat tingkah laku Iskandar yg ~ itu; menyengaja berbuat sesuatu dgn sengaja; menyengajakan melakukan sesuatu dgn sengaja: Zainal menyambut pertanyaan itu dgn senyum yg disengajakan; kesengajaan perihal (perbuatan) sengaja, sesuatu yg disengajakan: soal ~ watak-watak dlm ‘Salina’ melakukan dosa tidak pernah dibicarakan oleh pengulas-pengulas lain sebelum Shahnon Ahmad.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas