pangkas | ; berpangkas 1 bergunting (rambut): Rambutnya belum ~. 2 menjadi pendek kerana dipotong: Pokok-pokok teh itu kelihatan spt ~ tepinya. memangkas 1 memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: Mereka ~ pokok-pokok kertau itu supaya sentiasa rendah dan mudah dipetik daunnya. 2 memotong dgn gunting; menggunting: ~ rambut. pangkasan hasil drpd memangkas. pemangkasan perbuatan memangkas: ~ pertama boleh dilakukan semasa batangnya tumbuh setinggi lebih kurang 0.6 meter. pemangkas 1 alat, spt gunting yg digunakan utk memangkas. 2 orang yg kerjanya memangkas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pangkas | ; toko ~ kedai gunting rambut; tukang ~ tukang gunting (cukur); berpangkas bergunting rambut: janganlah tuan-tuan bersorak dahulu, anak raja ~ gambak; memangkas 1. menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; 2. memotong hujung (rumput, pokok, dll), mencantas: jikalau ia tidak dipangkas atau ditutuh, nescaya ia tumbuh menjadi pokok yg besar; ~ kata ki meringkaskan cerita; terpangkas memangkas atau dipangkas dgn tidak sengaja: dia ~ dahan anak rambutan itu; pemangkasan perbuatan (kerja dsb) memangkas: ~ perlu dilakukan utk membuang daun atau dahan yg rosak; pemangkas 1. perkakas atau alat utk memangkas (memotong): ~ rumput; 2. orang yg memangkas, tukang pangkas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencantas | 1. memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dll); 2. ki memotong atau mengurangkan sesuatu (spt perbelanjaan) yg tidak perlu atau berlebihan: perbelanjaan yg tidak perlu terpaksa dicantas kerana kurangnya pendapatan yg dijangkakan pd tahun depan; 3. ki mengeluarkan atau menggugurkan sesuatu drpd senarai tertentu: namanya dicantas drpd senarai pemain bola sekolah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangkas; berpangkas | 1 bergunting (rambut): Rambutnya belum ~. 2 menjadi pendek kerana dipotong: Pokok-pokok teh itu kelihatan spt ~ tepinya. memangkas 1 memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: Mereka ~ pokok-pokok kertau itu supaya sentiasa rendah dan mudah dipetik daunnya. 2 memotong dgn gunting; menggunting: ~ rambut. pangkasan hasil drpd memangkas. pemangkasan perbuatan memangkas: ~ pertama boleh dilakukan semasa batangnya tumbuh setinggi lebih kurang 0.6 meter. pemangkas 1 alat spt gunting dll yg digunakan utk memangkas. 2 orang yg kerjanya memangkas. | Kamus Pelajar |
memangkas | 1 memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: Mereka ~ pokok-pokok kertau itu supaya sentiasa rendah dan mudah dipetik daunnya. 2 memotong dgn gunting; menggunting: ~ rambut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memangkas | 1. menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; 2. memotong hujung (rumput, pokok, dll), mencantas: jikalau ia tidak dipangkas atau ditutuh, nescaya ia tumbuh menjadi pokok yg besar; ~ kata ki meringkaskan cerita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cantas | ; bercantas (telah) dicantas: pokok-pokok hiasan yg sudah ~ itu kini kelihatan lebih kemas; mencantas 1. memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dll); 2. ki memotong atau mengurangkan sesuatu (spt perbelanjaan) yg tidak perlu atau berlebihan: perbelanjaan yg tidak perlu terpaksa dicantas kerana kurangnya pendapatan yg dijangkakan pd tahun depan; 3. ki mengeluarkan atau menggugurkan sesuatu drpd senarai tertentu: namanya dicantas drpd senarai pemain bola sekolah; tercantas 1. dicantas dgn tidak sengaja, terpangkas: banyak anak pokok durian di dlm semak itu yg ~ semasa kerja menebas dibuat; 2. ki dikeluarkan atau digugurkan drpd senarai (kumpulan, pasaran dsb): namanya ~ drpd senarai peserta yg terpilih; cantasan hasil mencantas; pencantasan proses (perbuatan, kerja dsb) mencantas: ~ pokok pagar itu baru sahaja selesai; pencantas 1. orang yg mencantas; 2. alat utk mencantas sesuatu (ranting, kayu dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemangkas | 1 alat, spt gunting yg digunakan utk memangkas. 2 orang yg kerjanya memangkas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemangkas | 1 alat spt gunting dll yg digunakan utk memangkas. 2 orang yg kerjanya memangkas. | Kamus Pelajar |
bonsai | 1. seni atau teknik membentuk pokok hiasan yg kerdil dgn cara menanamnya dlm pasu tohor, memangkas dahan dan akarnya, mengawal pembajaannya dsb; 2. pokok yg dikerdilkan sbg hiasan, dgn menanamnya dlm pasu tohor, memangkas dahan dan akarnya, mengawal pembajaannya dsb;membonsaikan menjadikan sbg bonsai: pokok-pokok yg belum dibonsaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |