pangku | , = pangkuan 1 bahagian badan dr pinggang ke lutut ketika seseorang duduk bertimpuh atau bersila; riba: Anak itu datang berlari-lari lalu duduk di atas ~ ibunya. 2 lengan yg dibengkokkan ke depan utk membawa atau utk mendukung sesuatu: Bayi itu terlena di atas ~ ibunya. memangku 1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba: Dia ~ anak itu dan menciumnya. 2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan): Beliau ~ isterinya lalu masuk ke ambulans itu. 3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali: Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu. 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini? pemangku 1 orang yg memegang jawatan utk sementara. 2 orang yg menjadi wakil utk melakukan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pangku | riba, ribaan: tuanku Malim Deman bersenda gurau dgn tuan Puteri Bungsu, pujuk, ~, belai, menghabiskan kesukaannya; berpangku (duduk, tidur, dll) di atas pangku: dia menjenguk ke dlm seketika dan mendapati orang banyak, ada yg sedang ~-pangku; anak kecil selalu berkehendakkan kebiasaannya itu umpamanya tidur berkipas, tidur ~, tidur berbuai; ~ tangan tidak berbuat apa-apa, tidak melakukan apa-apa kerja; memangku 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), meriba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. mengelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggantikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pangkat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan; pangkuan 1. ribaan: ia membaringkan Masdi di atas ~nya; 2. ki kalangan, lingkungan: Irian Barat telah kembali ke ~ ibu pertiwi; ia membaca doa perlahan-lahan supaya Jospin dikembalikan semula ke ~ mereka; pemangkuan 1. perbuatan memangku; 2. perbuatan mengelolakan (negara, tanah,dll); pemangku 1. orang yg memegang sesuatu jawatan; 2. timbalan (raja, pegawai, dll); ~ raja timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; 3. orang yg menyelenggarakan pemerintahan dll, pengelola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memangku | 1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba: Dia ~ anak itu dan menciumnya. 2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan): Beliau ~ isterinya lalu masuk ke ambulans itu. 3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali: Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu. 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memangku | 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), meriba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. mengelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggantikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pangkat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemangkuan | 1. perbuatan memangku; 2. perbuatan mengelolakan (negara, tanah,dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memangku | 1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba: Dia ~ anak itu dan menciumnya. 2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan): Beliau ~ isterinya lalu masuk ke kereta ambulans itu. 3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali: Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu. 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini? | Kamus Pelajar |
mengulitkan | 1. menidurkan anak dgn menyanyi, mendodoikan anak, mendondong; 2. Mn me-meluk, memangku, merangkul: dia rela tubuh-nya diulit oleh pemuda itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguliti | , mengulitkan 1. menidurkan anak dgn menyanyi, mendodoikan anak, mendondong; 2. Mn me-meluk, memangku, merangkul: dia rela tubuh-nya diulit oleh pemuda itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengulit-ulit | , menguliti, mengulit-kan 1. menidurkan anak dgn menyanyi, mendodoikan anak, mendondong; 2. Mn me-meluk, memangku, merangkul: dia rela tubuh-nya diulit oleh pemuda itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menempati | 1. mendiami atau menduduki (rumah dll), bertempat di ...: dia ~ dua buah bilik di rumah itu; 2. memegang pangkat (pekerjaan, jabatan, dll), memangku jabatan: mudah-mudahan Tentera Nasional Indonesia ~ kedudukannya yg wajar sbg suatu tenaga yg berasal drpd rakyat; 3. ark, sl menjadi tempat, memberi tempat pd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |