merambak | 1 memanjang ke mana-mana (bkn tumbuh-tumbuhan); menjalar. 2 bertambah bilangannya atau luasnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melandung | 1. memanjang ke bawah, melabuh; 2. kendur, tidak tegang (tali yg terentang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rambak | ; merambak 1 memanjang ke mana-mana (bkn tumbuh-tumbuhan); menjalar. 2 bertambah bilangannya atau luasnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghulur-hulur | 1. memanjang-manjangkan (waktu, perbicaraan, dsb), menangguh-nangguh (janji, persetujuan, dsb); 2. Id, bp mentafsirkan (fasal dlm undang-undang, perjanjian, dll) mengikut kehendak sendiri (diluaskan atau disempitkan mengikut kehendak sendiri); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hulur | ; menghulur 1 keluar memanjang; menjulur: Sebelah tangannya ~ keluar. 2 menjadi panjang; memanjang atau memberi (bkn benda spt getah): Getah ~ kalau ditarik. menghulurkan 1 melepaskan sesuatu (spt tali) agar menjadi panjang: ~ tali layang-layang. 2 memberikan sesuatu dgn menganjurkan tangan; mengunjukkan: Dia ~ segelas air kpd suaminya. 3 mengeluarkan sesuatu memanjang; menjulurkan: Kucing itu ~ lidahnya utk menjilat makanan. ~ tangan a. menganjurkan tangan utk berjabat tangan dll. b. memberikan bantuan. huluran sesuatu yg dihulurkan; bantuan; pertolongan. penghuluran perbuatan (hal dsb) menghulur atau menghulurkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panjang | 1 banyak ukurannya dr hujung ke pangkal; jauh jaraknya; tidak pendek: Sungai mana yg paling ~ di Malaysia? 2 banyak masanya atau tempohnya; tidak sekejap; lama: Kalau umur ~, kita akan berjumpa lagi. 3 jarak atau ukuran dr hujung ke pangkal; jauh di antara dua sempadan: Berapa kilometerkah ~nya Sungai Pahang? ~ akal (fikir) dpt berfikir dgn baik. ~ bulat panjang serta bulat bentuknya spt bentuk buluh. ~ ekor berani berbuat sesuatu kejahatan atau melanggar peraturan. ~ lampai bentuk badan yg kecil tinggi. ~ tangan suka mencuri. ~ umur lama hidupnya. berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: Dlm hal ini, tak usahlah saudara ~ kerana kami semua sudah maklum. berpanjangan berlaku terus-menerus; tidak ada sudahnya; berterusan: Pergaduhan antara dua kumpulan orang Cina itu berlaku ~. memanjang 1 menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. memanjangkan menjadikan panjang; menambahkan supaya panjang: Angsa itu ~ lehernya lalu mengejar Amir. memperpanjang menjadikan lebih panjang. sepanjang 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghulur | 1 keluar memanjang; menjulur: Sebelah tangannya ~ keluar. 2 menjadi panjang; memanjang atau memberi (bkn benda spt getah): Getah ~ kalau ditarik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membujur | 1. terletak memanjang: banjaran gunung itu ~ dr utara ke selatan Tanah Melayu; mayat itu ~ kaku; 2. mengikut panjang atau memanjang: potong melintang atau ~; ~ jari menyambung tangan dgn mempertemukan hujung jari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
landung I | panjang ke bawah (tali, seluar, dll), labuh; melandung 1. memanjang ke bawah, melabuh; 2. kendur, tidak tegang (tali yg terentang); melandungkan 1. memanjangkan ke bawah, melabuhkan; 2. mengendurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hulur | menghulur 1. keluar memanjang; menjulur: Sebelah tangannya ~ keluar. 2. menjadi panjang; memanjang atau memberi (bkn benda spt getah dsb): Getah ~ kalau ditarik. menghulurkan 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang:~ tali layang-layang. 2. memberikan sesuatu dgn menganjurkan tangan; mengunjukkan: Dia ~ segelas air kpd suaminya. 3. mengeluarkan sesuatu memanjang; menjulurkan: Kucing itu ~ lidahnya utk menjilat makanan. ~ tangan a. menganjurkan tangan utk berjabat tangan dll. b. memberikan bantuan. huluran sesuatu yg dihulurkan; bantuan; pertolongan. penghuluran perbuatan (hal dsb) menghulur atau menghulurkan. | Kamus Pelajar |