Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl membuat lauk­pauk (kuih-muih dll), mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju; ~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~ ubat membuat ubat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memasak, mempermasak


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memasak, mempermasaksl membuat lauk­pauk (kuih-muih dll), mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju; ~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~ ubat membuat ubat;Kamus Dewan Edisi Keempat
masak1. sudah tua dan boleh dimakan (buah­buahan dll), matang: jangan diambil pisang itu, biarlah ~ di pokok; ~ ranum sangat masak (buah-buahan); 2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan yg direbus, digoreng, dll): baru separuh ~ Pak Pandir pun tampil-lah meratah daging itu; nasi belum ~ lagi; 3. cara membuat masakan (gulai dll): ~ dalca; ~ lemak; tukang ~ orang yg memasak maka­nan; 4. ki sudah tahu atau faham benar (kela­kuan orang dll), sudah difikirkan (dipertim­bangkan) dgn teliti, sudah diputuskan (sesuatu perkara dll), sudah sempurna, matang: hamba sudah ~ dgn segala kejadian yg berlaku di sekeliling hamba; sebelum memberi kepu-tusan, perkara itu harus difikirkan ~-~ dahulu; apabila ~lah sudah perjanjian itu, maka barulah pulang ke Melaka; ~ ajar a) sudah cukup mendapat didikan (ajaran); b) mempunyai sopan-santun; ~ akal matang pemikiran; ~ niatnya mempunyai niat yg tetap; ~ tangan sudah selalu benar kena tampar atau tempeleng; makan ~ mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram; ~ buah rumbia prb peri­hal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh); ~ di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya jahat; ~ malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah ditentu­kan tetapi kemudiannya berubah pula; semasak selama masa yg perlu supaya (buah­buahan, nasi yg ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah piama; bermasak yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau dibasuh tangan dgn air yg sudah ~; bermasak-masak sedang membuat lauk­pauk (kuih-muih dll); kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan utk membuat makan­an; bermasakan, bermasak-masakan sedang masak (buah-buahan): kelihatan buah padi kuning spt emas ~; memasak, mempermasak sl membuat lauk­pauk (kuih-muih dll), mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju; ~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~ ubat membuat ubat; memasak-masak 1. membuat bermacam­macam kuih (lauk-pauk dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masak-memasak cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak; memasakkan 1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~ suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan ma­sak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3. ki memikirkan, mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu; masakan 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat mema-kan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan; pemasakan perihal (kerja, proses, dsb) me­masak; pemasak 1. orang yg kerjanya memasak, tukang masak; 2. alat (perkakas) utk mema­sak; 3. Mn rempah-rempah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas