Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.sa/.ma.sa/] | مماسق-ماسق

Definisi : 1. membuat bermacam­macam kuih (lauk-pauk dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masak-memasak cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memasak-masak


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memasak-masak1. membuat bermacam­macam kuih (lauk-pauk dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masak-memasak cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak;Kamus Dewan Edisi Keempat
piantanark 1. waktu tertentu bila umumnya berlaku sesuatu: sewaktu ~ memasak-masak tiba dia ke dapur menolong isterinya; bukan ~ bukan masa atau musimnya; ~ demam waktu yg selalunya demam datang; ~ hujan musim hujan yg biasa berlaku; 2. Id sehari semalam (24 jam).Kamus Dewan Edisi Keempat
mensyukurimengucapkan syukur (terima kasih) kpd, melakukan sesuatu (berkenduri dll) sbg tanda bersyukur: orang sudah sibuk di rumah Engku Besar memasak-masak utk kenduri, kerana ~ pernikahannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
masak-memasakcara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak;Kamus Dewan Edisi Keempat
masak-memasakhal atau selok-belok (cara, teknik dsb) memasak: Ayahnya memang pakar dlm ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
syukur1. terima kasih: kalau abang dapat sembahyang sahaja, aku mengucapkan ~ kpd Tuhan; 2. sr untunglah, mujurlah; 3. beruntung, mujur, bertuah: saya berasa ~ dapat berjumpa dgn datuk; bersyukur berasa syukur, berterima kasih: sekarang telah nampak kejayaan, ~ aku kpd Tuhan; perempuan dan laki-laki tidak pernah berasa puas dgn apa yg ada, tidak pernah ~; mensyukuri mengucapkan syukur (terima kasih) kpd, melakukan sesuatu (berkenduri dll) sbg tanda bersyukur: orang sudah sibuk di rumah Engku Besar memasak-masak utk kenduri, kerana ~ pernikahannya; kesyukuran rasa syukur: tidak dapat digam­barkan lagi kesukaan dan ~ mereka pd ketika itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kulinariberkaitan dgn masak-memasak: anda boleh melanjutkan pelajaran di Universiti Hawaii yg terkenal di dunia dlm kursus seni ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
dapur basahdapur tempat me­lakukan kerja masak-memasak yg biasanya banyak menggunakan air;Kamus Dewan Edisi Keempat
tanakjuru~ = tukang ~ orang yg memasak, tukang masak; minyak ~ minyak kelapa;bertanak 1. (sedang) memasak nasi: ibuku sudah siap ~ dan menggulai; 2. yg ditanak; nasi ~ nasi yg ditanak (bukan dikukus); bagai ~ di kuali prb bermurah-murah kpd orang lain sehingga mendatangkan kesusahan kpd diri sendiri;menanak 1. memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll): maka dia pun ~ nasi seperiuk kecil; 2. memasak sesuatu dgn merebusnya sahaja; ~ kentang merebus kentang; ~ minyak me­masak santan kelapa utk dijadikan mi­nyak; ditanaknya semua berasnya prb Mn pe­ri­hal orang yg suka memperlihatkan ke­pan­daian atau kebijaksanaannya di hadapan orang ramai;menanakkan menanak utk: dia sempat ~ ibunya nasi sebelum pergi ke ladang setiap pagi;tanak-tanakan bermain masak-masak (bkn anak-anak);mempertanak ark menanak (nasi);petanakan sesuatu yg ditanak, masakan;sepenanak = ~ nasi waktu yg lamanya serupa dgn lama orang menanak nasi (lebih kurang 20 minit);penanak, pertanak sl orang yg menanak, tukang masak: jikalau hendak disuruh jadi ~ nasi sekalipun redalah beta.Kamus Dewan Edisi Keempat
masak1. sudah tua dan boleh dimakan (buah­buahan dll), matang: jangan diambil pisang itu, biarlah ~ di pokok; ~ ranum sangat masak (buah-buahan); 2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan yg direbus, digoreng, dll): baru separuh ~ Pak Pandir pun tampil-lah meratah daging itu; nasi belum ~ lagi; 3. cara membuat masakan (gulai dll): ~ dalca; ~ lemak; tukang ~ orang yg memasak maka­nan; 4. ki sudah tahu atau faham benar (kela­kuan orang dll), sudah difikirkan (dipertim­bangkan) dgn teliti, sudah diputuskan (sesuatu perkara dll), sudah sempurna, matang: hamba sudah ~ dgn segala kejadian yg berlaku di sekeliling hamba; sebelum memberi kepu-tusan, perkara itu harus difikirkan ~-~ dahulu; apabila ~lah sudah perjanjian itu, maka barulah pulang ke Melaka; ~ ajar a) sudah cukup mendapat didikan (ajaran); b) mempunyai sopan-santun; ~ akal matang pemikiran; ~ niatnya mempunyai niat yg tetap; ~ tangan sudah selalu benar kena tampar atau tempeleng; makan ~ mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram; ~ buah rumbia prb peri­hal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh); ~ di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya jahat; ~ malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah ditentu­kan tetapi kemudiannya berubah pula; semasak selama masa yg perlu supaya (buah­buahan, nasi yg ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah piama; bermasak yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau dibasuh tangan dgn air yg sudah ~; bermasak-masak sedang membuat lauk­pauk (kuih-muih dll); kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan utk membuat makan­an; bermasakan, bermasak-masakan sedang masak (buah-buahan): kelihatan buah padi kuning spt emas ~; memasak, mempermasak sl membuat lauk­pauk (kuih-muih dll), mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju; ~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~ ubat membuat ubat; memasak-masak 1. membuat bermacam­macam kuih (lauk-pauk dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masak-memasak cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak; memasakkan 1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~ suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan ma­sak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3. ki memikirkan, mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu; masakan 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat mema-kan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan; pemasakan perihal (kerja, proses, dsb) me­masak; pemasak 1. orang yg kerjanya memasak, tukang masak; 2. alat (perkakas) utk mema­sak; 3. Mn rempah-rempah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas