memasakkan | memasukkan pasak; menggunakan sesuatu sbg pasak: Kayu kecil itu dipasakkan pd sela-sela dinding. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memasakkan | 1 memasak sesuatu utk: Dia ~ anaknya bubur kacang. 2 menjadikan masak; membuat supaya masak: Air di kolam air panas dpt ~ telur | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memasakkan ke telinga | ki menasihatkan atau memperingatkan benar-benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memasakkan | menggunakan (memaku) sesuatu sbg pasak, memasukkan pasak; ~ ke telinga ki menasihatkan atau memperingatkan benar-benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memasakkan | 1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~ suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan masak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3. ki memikirkan, mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memasakkan | memasukkan pasak; menggunakan sesuatu sbg pasak: Kayu kecil itu dipasakkan pd sela-sela dinding. | Kamus Pelajar |
mematangkan | mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadikan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemasakan | perihal (perbuatan) memasak atau memasakkan: ~ yg lama akan memusnahkan vitamin C. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemasak | 1 orang yg kerjanya memasak atau memasakkan; tukang masak. 2 alat yg digunakan utk memasak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masak | 1 sudah tua serta boleh dipetik dan dimakan (bkn buah-buahan): Betik ini ~ di pohon. 2 tidak mentah lagi (bkn benda-benda yg direbus, digoreng, dibakar dll); sudah empuk dan boleh dimakan: Nasinya sudah ~. 3 ki sudah berpengalaman; sudah tahu dan faham benar: Dia sudah ~ dgn perangai anak-anaknya. Perkara itu telah difikirkan ~-~. bermasak dimasak atau sudah dimasak (bkn air, makanan dll): Jangan makan makanan yg tidak ~. memasak membuat atau mengolah makanan (lauk-pauk, nasi dll) supaya masak: Saya suka menolong ibu saya ~. Dia pandai ~ rendang. masak-memasak hal atau selok-belok (cara, teknik dsb) memasak: Ayahnya memang pakar dlm ~. memasakkan 1 memasak sesuatu utk: Dia ~ anaknya bubur kacang. 2 menjadikan masak; membuat supaya masak: Air di kolam air panas dpt ~ telur. masakan barang apa yg dimasak (spt lauk-pauk); hasil drpd memasak; cara memasak: Saya lebih gemar memakan ~ Melayu. ~nya lazat sekali. pemasakan perihal (perbuatan) memasak atau memasakkan: ~ yg lama akan memusnahkan vitamin C. pemasak 1 orang yg kerjanya memasak atau memasakkan; tukang masak. 2 alat yg digunakan utk memasak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |