memastikan | menentukan sesuatu dgn pasti; mengatakan dgn pasti: Kita tidak dpt ~ pasukan mana yg akan menang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memastikan | menyatakan dgn pasti, menentukan (menetapkan) dgn pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seseorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masa bakar mula(burn-in time) | 1. Masa yang ditetapkan pada peringkat awal hayat penggunaan sistem bagi memastikan komponen sistem yang dikendalikan secara sebenar berjalan lancar dan dapat disahkan sebagai dalam keadaan baik. 2. Masa yang diambil bagi menguji litar komputer pada suhu yang tinggi untuk memastikan semua sambungan papan litar dalam keadaan baik. | Kamus Komputer |
menetakkan | menetapkan, memastikan, menentukan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menetak | menetapkan, memastikan, menentukan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemastian | perbuatan memastikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menetapkan | 1 menentukan; memastikan: Mereka telah ~ hari utk membincangkan perkara tsb. 2 mengambil atau membuat keputusan ttg sesuatu perkara; memutuskan: Kami ~ hendak memberikan bantuan kpd kanak-kanak yg miskin saja. 3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; mengekalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menentukan | 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentukan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerangkan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyabitkan | menentukan dgn pasti; memastikan; menetapkan: Pihak pendakwa gagal ~ kesalahan yg dituduh. | Kamus Pelajar |
tetap | 1 menentukan; memastikan: Mereka telah ~ hari utk membincangkan perkara tsb. | Kamus Pelajar |