memasyarakatkan | memberitahukan, memperkenalkan, menyebarkan dll di kalangan (ahli) masyarakat: Usaha ~ bahasa Melayu dijalankan dgn giatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memasyarakatkan | memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dlm masyarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di kalangan masyarakat, meluaskan pengetahuan tentangnya atau penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat lang-sung dlm usaha ~ bahasa melalui pener-bitan; usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemasyarakatan | perbuatan atau hal memasyarakatkan: ~ bahasa melalui bahan penerbitan spt buku dan majalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masyarakat | sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dgn cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu: Beliau dihormati sbg pemimpin ~ di kampung saya. ~ siber masyarakat yg berpengetahuan ttg komputer dan teknologi maklumat. bermasyarakat 1 merupakan satu masyarakat. 2 bercampur dlm masyarakat; menggabungkan diri dgn masyarakat. memasyarakatkan memberitahukan, memperkenalkan, menyebarkan dll di kalangan (ahli) masyarakat: Usaha ~ bahasa Melayu dijalankan dgn giatnya. kemasyarakatan hal-hal mengenai masyarakat. pemasyarakatan perbuatan atau hal memasyarakatkan: ~ bahasa melalui bahan penerbitan spt buku dan majalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masyarakat | 1. kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan; bermasyarakat merupakan (hidup sbg satu) masyarakat, menggabungkan diri: tabiat manusia berkehendakkan hidup ~; memasyarakatkan memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dlm masyarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di kalangan masyarakat, meluaskan pengetahuan tentangnya atau penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat lang-sung dlm usaha ~ bahasa melalui pener-bitan; usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini; kemasyarakatan keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi; pemasyarakatan proses (usaha dsb) memasyarakatkan: tentu saja ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dgn penerbitan kamus ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |