Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
patah (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai, terkandas,

Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
patah1 putus atau hampir putus kerana kekerasan (bukan kerana dipotong); tidak bertaut atau tidak bercantum lagi: Lengan kiri Amir telah ~ kerana terjatuh dr pokok jambu. 2 penjodoh bilangan utk perkataan atau kata: Dia tidak berkata se~ pun. ~ hati a. hilang keberanian. b. tidak mahu berusaha lagi; kecewa. ~ lidah tidak dpt berkata-kata atau tidak dpt menjawab. ~ perang kalah perang. ~ riuk patah tulang yg teruk. berpatah bertukar atau berubah dr arah yg dituju: Penyu pun terus ~ balik dan menghantar kera itu pulang. mematahkan 1 membuat atau menyebabkan patah: ~ ranting kayu. 2 menjadikan tidak berlanjutan (bkn serangan dll); menggagalkan; mengalahkan: Brooke telah ditawari jawatan gabenor jika dia berjaya ~ pemberontakan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melipat1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana ke­sempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga;Kamus Dewan Edisi Keempat
mematahkan1 membuat atau menyebabkan patah: ~ ranting kayu. 2 menjadikan tidak berlanjutan (bkn serangan dll); menggagalkan; mengalahkan: Brooke telah ditawari jawatan gabenor jika dia berjaya ~ pemberontakan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mematahkan1. menjadikan (menyebab­kan) patah: ~ batang besi; 2. ki menjadikan (menyebabkan) tidak berlanjutan dll, meng­gagalkan (mengecewakan, mengalahkan, dll): ~ cita-cita; ~ serangan lawan; ~ haluan mengalih (menukar) haluan;Kamus Dewan Edisi Keempat
membekuk1. melengkokkan (mematahkan) benda yg keras; 2. = ~ batang leher menangkap (pencuri, perompak, dll): seorang pengawal merampas senjata api dan seorang lagi ~ perompak itu; 3. memperdayakan, menipu;Kamus Dewan Edisi Keempat
bekukId; membekuk 1. melengkokkan (mematahkan) benda yg keras; 2. = ~ batang leher menangkap (pencuri, perompak, dll): seorang pengawal merampas senjata api dan seorang lagi ~ perompak itu; 3. memperdayakan, menipu; pembekukan pelengkokan, penangkapan, penipuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
patah I1. putus (bkn barang yg keras dan panjang), tidak bertaut atau bercantum kuat­kuat lagi: penselnya sudah ~; 2. ki tidak dapat diteruskan (dilanjutkan) lagi; pelajaran saya ~ di tengah jalan tidak tamat, terhenti; 3. penjodoh bilangan utk kata (perkataan): beberapa ~ kata; se~ dua kata satu atau dua patah kata, sedikit perkataan; ~ arang putus langsung, tidak boleh berbaik kembali (perselisihan); ~ balik berbalik, ber­tukar arah hingga berlawanan dgn yg semula; ~ batu (hatinya) tidak mahu berusaha lagi; ~ celana Id lipatan pd seluar; ~ hati a) tawar hati, hilang keberanian (kemahuan); b) = ~ lesu putus harapan, kecewa (dlm percintaan dll); ~ jetam Kl penyakit pecah-pecah kulit pd kaki; ~ kaki tidak dapat berbuat apa-apa (kerana tidak ada penolong yg boleh diharap); ~ lagu gentar atau putus-putus suara (apabila menyanyi); ~ lidah tidak dapat berkata (dgn lancar), tidak dapat menjawab; ~ mayang ikal atau mengombak (rambut); ~ nafsu (selera) hilang nafsu (selera) makan; ~ perang kalah perang; ~ pucuk tidak habis atau selesai (pekerjaan dll); ~ riuk patah yg teruk (tulang); ~ said renyuk, tidak licin (baju, seluar); ~ semangat hilang keberanian atau kemahuan (utk berusaha dll), tawar hati; ~ siku a) sudut siku-siku; b) tidak dapat menolak (membantah dll) lagi, menurut sahaja (kerana kasihan, terhutang budi, dll); ~ tulang a) patah tulang­nya; b) tidak dapat menolak lagi (permintaan dll); ~ dahan tempat bernaung, ~ lantai tempat berpijak prb tidak ada lagi (habis langsung) tempat meminta pertolongan dll; ~ kepala bertongkat paruh, ~ paruh bertelekan = ~ tongkat berjeremang prb tidak putus harapan, terus berikhtiar (bekerja); ~ lidah alamat kalah, ~ keris alamat mati prb tidak pandai membela sesuatu perkara tanda kalahlah; ~ tumbuh hilang berganti prb seseorang ketua dll yg mati (pergi) yg lain ada gantinya; siapa melalah siapa ~ prb siapa yg berhajat sangat, dialah yg datang meminta (peminangan); sudah ~ yg bertaji prb Mn kalau kematian bapa (mamak) yg berharta (disegani) susahlah kaum keluarganya yg tinggal; tiada ~ yg tak tempang prb tiap-tiap kecelakaan (perselisihan) tetap meninggalkan bekas (perasaan) yg tidak baik; sepatah satu patah; ~ kata a) suku kata (perkataan); b) kata pendahuluan (peng­antar); berpatah bertukar haluan (arah): dia ~ mahu pergi; ~ balik berbalik, bertukar arah yg ber­tentangan dgn yg semula; ~ arang berputus langsung hubungan (kerana perselisihan dsb); ~ hati berasa patah hati (kecewa dll); mematah 1. menukar haluan (arah): kemudian ia ~ masuk ke sebuah lorong; ~ balik menukar haluan ke arah tempat datangnya; ~ selekoh menukar arah mengikuti selekoh; 2. Pi tidak dapat berjalan, lemah: kenapa pula itik itu ~ sangat; mematah-matah; ~ jari melipat-lipat atau menarik-narik jari hingga berbunyi; mematahkan 1. menjadikan (menyebab­kan) patah: ~ batang besi; 2. ki menjadikan (menyebabkan) tidak berlanjutan dll, menggagalkan (mengecewakan, mengalahkan, dll): ~ cita-cita; ~ serangan lawan; ~ haluan mengalih (menukar) haluan; mematah-matahkan mematahkan sesuatu beberapa kali atau banyak kali: mereka ~ ranting kayu utk dibuat kayu api; patah-mematahkan ki saling mengalah­kan; terpatah telah (sudah) patah: tujuh bilah lantai ~, tujuh mengkawan atap ~; patahan sesuatu yg patah; pematahan perbuatan mematahkan; pematah 1. pepatah, bidalan; 2. sesuatu yg dipakai utk mematahkan; (doa, mantera) ~ lidah mantera utk membuat orang tidak boleh berkata-kata.Kamus Dewan Edisi Keempat
sabotIB 1. perbuatan memusnahkan harta benda musuh dll (utk mematahkan gerakan mereka); 2. perbuatan menggagalkan sesuatu usaha dll; menyabot 1. memusnahkan barang-barang musuh dll (utk mematahkan usaha mereka); 2. menggagalkan sesuatu usaha dll; penyabotan perbuatan menyabot; penyabot orang yg menyabot.Kamus Dewan Edisi Keempat
mematahkan1 membuat atau menyebabkan patah: ~ ranting kayu. 2 menjadikan tidak berlanjutan (bkn serangan dll); menggagalkan; mengalahkan: Brooke telah ditawari jawatan gabenor jika dia berjaya ~ pemberontakan itu.Kamus Pelajar
memetik1 mengambil buah (bunga dll) dgn mematahkan tangkainya. 2 bermain gitar (kecapi dll) dgn menggerak-gerakkan talinya dgn jari. 3 menekan suis (suis lampu dll). 4 mengambil (menyalin) sebahagian drpd sesuatu karangan dll; mengutip: Dia ~ beberapa ayat Quran utk menguatkan hujahnya. 5 menarik picu senapang dgn jari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas