wirang | Jw aib, malu; membalas lara ~ membalas dendam kerana diberi malu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sahut | jawapan yg diberikan apabila ditanyai atau dipanggil: “Saya, mak”, ~ Harun. bersahutan, bersahut-sahutan sentiasa ada yg membalas teriakannya dll; saling membalas; berbalas-balasan: Burung-burung bernyanyi ~. menyahut 1 menjawab panggilan dll; membalas: Dia tidak ~ ketika ditanyai gurunya. 2 memberikan jawapan kpd; membalas: Tiada seorang pun yg ~ teriakannya. 3 memberikan reaksi yg positif dan melakukan apa-apa yg diusulkan: Para belia hendaklah ~ seruan kerajaan agar menjauhi dadah. sahutan kata-kata utk menyahut; jawapan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membalas budi | membalas kebaikan seseorang (dgn memberi bantuan dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membalas lara wirang | membalas dendam kerana diberi malu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balas-membalas | saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balas I | 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menuntut balas | membalas sesuatu perbuatan; membalas dendam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menuntut balas | a) membalas sesuatu perbuatan, membalas dendam; b) (Udg) membuat sesuatu tuntutan yg menentang tuntutan lain, terutamanya dlm tindakan sivil oleh defendan terhadap plaintif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersahutan | sentiasa ada yg membalas teriakannya dll; saling membalas; berbalas-balasan: Burung-burung bernyanyi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersahut-sahutan | sentiasa ada yg membalas teriakannya dll; saling membalas; berbalas-balasan: Burung-burung bernyanyi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |