Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bang.ga] | ممبڠݢ

Definisi : ark berbangga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membangga


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membanggaark berbangga;Kamus Dewan Edisi Keempat
memegah-megahkanmembangga-bangga­kan: maka tidak perlulah dimegah-megah-kan jika apa yg diperolehnya merupakan pemberian orang sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
membesarkan diribercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri;Kamus Dewan Edisi Keempat
bangga I1. megah; 2. besar hati: saya berasa ~ kerana mendapat kawan yg begitu setia;berbangga 1. berasa megah; 2. berasa besar hati: anak-anak kita akan ~ membaca kisah pengalaman kita;membangga ark berbangga;membanggakan 1. memegahkan: apakah yg hendak dibanggakan dgn gelaran warisan yg diterimanya itu? 2. menimbulkan rasa bangga, menimbulkan rasa besar hati: keputusan yg dicapai sungguh ~ kita semua;kebanggaan 1. kemegahan: pahlawan itu menjadi pasak ~ tanah air; 2. rasa besar hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
megah1. kelihatan gagah (hebat dll), masy­hur, mulia: namanya tidak se~ dahulu lagi; 2. bangga: aku turut mendengar dan berasa ~ namaku disebut berulang kali; bermegah, bermegah-megah berasa megah, membanggakan diri, membesar-besarkan diri: orang kaya itu ~ dgn kekayaannya; memegahkan mendatangkan (menimbul­kan) rasa megah, membanggakan: di hadapan mereka itu berjejal motokar yg serba ~; memegah-megahkan membangga-bangga­kan: maka tidak perlulah dimegah-megah-kan jika apa yg diperolehnya merupakan pemberian orang sahaja; kemegahan 1. sesuatu yg dimegahkan, ke­masyhuran, kemuliaan, kebanggaan; 2. pe­rasaan megah: ~nya sbg pemilik peti tele-visyen yg tunggal di kampung kami sudah tersinggung.Kamus Dewan Edisi Keempat
membesarkan1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar: lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan; 2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dll): ayahku dibesarkan di Melaka; 3. menganggap tinggi (penting dll); 4. meluaskan: ~ tanah jajahan; ~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya; 5. menambah bilangan ahli (anggota dlm sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dsb): ~ pasukan tentera; 6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan: ~ Nabi Muhammad SAW; ~ api menambah besar nyala api; ~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri; ~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan; ~ lampu menambah besar nyala lampu; ~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar; ~ modal menambah modal; ~ semangat memberanikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
besar1. tidak kecil (ukurannya): bangunan parlimen ~ dan tinggi; kereta ~; bertubuh ~; 2. penting, berpengaruh, berkuasa (berjawatan dsb) tertinggi: di depan sekali tempat orang-orang ~; guru ~ guru yg tertinggi (ketua guru di sesebuah sekolah); kerani ~ kerani yg tertinggi (ketua kerani); markas ~ markas tertinggi; 3. dewasa: anak-anaknya sudah ~; 4. ukuran lebarnya, panjangnya, tingginya, luasnya, dll): ~ badannya dua kali badan saya; 5. banyak: projek ini menelan belanja yg ~; bergaji ~; 6. kuat serta luas kawasan pemerintahan atau jajahannya dan dihormati oleh negeri-negeri lain: raja yg ~ lagi adil; 7. mempunyai kegiatan perniagaan yg meluas dan hasil pengeluarannya tinggi (bkn syarikat, perusahaan, dsb): sebuah syarikat yg ~ di Malaysia; perusahaan yg ~; 8. menelan belanja yg banyak dan ramai bilangan jemputannya (bkn kenduri, majlis, sambutan, dsb): kenduri ~; 9. amat penting (bkn hajat, niat, tugas): mereka datang membawa hajat yg ~; 10. sukar diatasi: masalah ~ yg memeningkan kepala; ~ akal sl banyak akal, pandai; ~ cakap banyak berbicara, sombong, angkuh; ~ empat di balai keempat-empat pembesar di Perak dan Minangkabau; ~ hati a) bangga, gembira; b) bongkak, sombong; ~ kepala a) keras kepala, bengal; b) bongkak, sombong; ~ mulut banyak cakap, sombong; ~ panjang dewasa; ~ perut a) gelojoh, pelahap; b) hamil; ~ kayu ~ bahannya = ~ periuk ~ keraknya prb banyak penghasilan banyak pula belanjanya; ~ pasak drpd tiang prb lebih besar belanja drpd pendapatan; besar-besaran = secara ~ 1. dgn cara (upacara dsb) yg besar (bkn sambutan, majlis perkahwinan, dsb): perkahwinan diraja itu disambut secara ~; 2. dlm bilangan yg banyak: kemasukan orang asing secara ~; menternak ayam secara ~; 3. banyak dan luas pasarannya: berniaga secara ~; 4. meluas dan bersungguh-sungguh (bkn kempen, gerakan, dsb): kempen antidenggi dijalankan secara ~; berbesar; ~ hati berasa besar hati, berasa bangga (gembira); berbesar-besar menjadi-jadi, makin bertambah; berbesaran, berbesar-besaran secara besar-besaran; membesar 1. nampak besar: tiba-tiba saya terhenti, di dlm gelap itu suatu lembaga ~ di depan saya; 2. menjadi besar: tiap-tiap sel itu mengalami semua proses hidup spt makan, bernafas, dan ~; 3. berlagak spt orang besar, meyombong, bongkak; membesarkan 1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar: lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan; 2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dll): ayahku dibesarkan di Melaka; 3. menganggap tinggi (penting dll); 4. meluaskan: ~ tanah jajahan; ~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya; 5. menambah bilangan ahli (anggota dlm sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dsb): ~ pasukan tentera; 6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan: ~ Nabi Muhammad SAW; ~ api menambah besar nyala api; ~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri; ~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan; ~ lampu menambah besar nyala lampu; ~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar; ~ modal menambah modal; ~ semangat memberanikan; membesar-besarkan menambah atau melebih-lebihkan sesuatu (spt kejayaan, kesusahan, cerita, dsb) drpd keadaan yg sebenarnya: ia ~ kekayaannya; ~ kesalahan orang; ~ perkara yg kecil;memperbesar menjadikan lebih besar, membesarkan lagi: rumah itu sudah besar, janganlah diperbesar lagi; terbesar 1. yg sangat (amat) besar, yg besar sekali; 2. tanpa disedari atau tidak sengaja dibuat lebih besar drpd yg dikehendaki atau yg sepatutnya: dia memotong baju itu ~ sedikit;kebesaran 1. perihal (sifat dll) besar, kemuliaan, kehormatan: surat itu dijemput Raja Pasai dgn sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; pakaian ~ pakaian yg dipakai ketika istiadat besar-besar; payung ~ payung istiadat raja-raja; 2. Jk terlalu besar;pembesaran 1. perbuatan membesarkan (sesuatu): ~ tempat letak kereta; 2. perbuatan membesarkan (bilangan): ~ pasukan Bulan Sabit Merah; 3. perihal (proses) menjadi besar, proses membesar: ~ bahagian akar pokok; pembesar 1. orang yg berpangkat tinggi: baginda bertitah di hadapan ~ dan rakyat sekalian; 2. Id ketua daerah (pejabat dll); 3. alat utk membesarkan sesuatu; ~ suara alat penguat suara.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas