pembangkit | 1. orang yg membangkitkan (perkara lama dll); 2. alat yg membangkitkan; ~ tenaga elektrik Id alat yg membangkitkan kuasa elektrik, jana kuasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
provokasi | perbuatan membangkitkan kemarahan, minat, dsb: saya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya; memprovokasi 1. membangkitkan kemarahan: barangkali kamu dipukul kerana kamu ~nya; 2. membangkitkan, menimbulkan, mencetuskan: biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk ~ pemikiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membangkitkan | 1 menggerakkan orang tidur supaya bangun; membangunkan: Waktu asar sudah masuk, pergilah engkau bangkitkan ayah yg sedang tidur. 2 menyebabkan datang sesuatu perasaan; menimbulkan sesuatu perasaan: Cerita yg mengharukan dan ~ semangat kita ialah kisah perjuangan seorang perajurit muda yg bernama Leftenan Muda Adnan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membangkitkan selera | menimbulkan nafsu makan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membangkitkan | 1. membangunkan (orang tidur), menghidupkan kembali (orang mati): di padang mahsyar manusia dibangkitkan Allah drpd mati; 2. mengangkat ke atas: ~ pedang ke udara; 3. menimbulkan: ~ semangat orang-orang muda; ~ selera; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membangkitkan | 1. menggerakkan orang tidur supaya bangun; membangunkan: Waktu Asar sudah masuk, pergilah engkau bangkitkan ayah yg sedang tidur. 2. menyebabkan datang sesuatu perasaan; menimbulkan sesuatu perasaan: Cerita yg mengharukan dan ~ semangat kita ialah kisah perjuangan seorang perajurit muda yg bernama Leftenan Muda Adnan. | Kamus Pelajar |
membangkitkan-bangkit | menyebut-nyebut perkara yg lama-lama; menceritakan hal yg sudah-sudah: Jangan suka ~ hal yg lama, nanti tidak kekal persahabatan kita. | Kamus Pelajar |
menggerakkan rakyat | membangkitkan kemahuan rakyat utk berusaha; membangkitkan semangat rakyat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menguja | 1 membangkitkan semangat (ayam sabungan dll) supaya melawan. 2 ki membangkitkan kemarahan dll seseorang; menghasut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rangsang | 1 rasa yg kuat pd pancaindera; perasaan dsb yg ditimbulkan oleh sesuatu: Kadang-kadang terbit ~ pd saya utk membaca tulisan-tulisannya. 2 sangat keras membangkitkan saraf pencium (ttg bau); sangat kuat membangkitkan perasaan. merangsang 1 menimbulkan rangsang atau menimbulkan perasaan yg kuat: Bau sambal tumis ~ hidung. 2 membangkitkan kegembiraan (keberanian dll). ~ hati memanaskan hati; menimbulkan rasa marah. terangsang telah dirangsang. rangsangan rasa yg timbul apabila dirangsang; hasil merangsang. perangsang sesuatu yg dpt membangkitkan semangat, kemahuan dsb; dorongan; galakan: memberi ~ memberi galakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |