membangunkan | 1 membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2 mengusahakan supaya maju: ~ negara ialah tugas setiap rakyat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membangunkan | 1 mengejutkan orang drpd tidur; menggerakkan orang tidur supaya terjaga: Tiap-tiap pagi, ayah ~ saya supaya bersembahyang subuh dgnnya. 2 menimbulkan semangat dsb; membangkitkan: Kita hendaklah ~ minat membaca di kalangan kanak-kanak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membangunkan | 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membangunkan | 1. membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2. mengusahakan supaya maju: ~ negara adalah tugas setiap rakyat. | Kamus Pelajar |
membangunkan | 1. mengejutkan orang drpd tidur; menggerakkan orang tidur supaya terjaga: Tiap-tiap pagi ayah ~ saya supaya bersembahyang subuh dgnnya. 2. menimbulkan semangat dsb; membangkitkan: Kita hendaklah ~ minat membaca di kalangan kanak-kanak. | Kamus Pelajar |
menggugah | 1. menjagakan (orang tidur), membangkitkan, membangunkan; 2. menggesa atau mencabar (supaya melakukan sesuatu dll), membangunkan, membangkitkan: melalui makalah ini, saya ingin ~ ahli bahasa, sasterawan, guru bahasa, dan pengguna bahasa utk menentukan pilihan mana yg betul dan mana yg salah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gugah | Jw; menggugah 1. menjagakan (orang tidur), membangkitkan, membangunkan; 2. menggesa atau mencabar (supaya melakukan sesuatu dll), membangunkan, membangkitkan: melalui makalah ini, saya ingin ~ ahli bahasa, sasterawan, guru bahasa, dan pengguna bahasa utk menentukan pilihan mana yg betul dan mana yg salah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membina | 1. membuat sehingga terdiri sesuatu (spt rumah, bangunan, jalan raya, dll), membangunkan, mendirikan: kerajaan ~ rumah murah utk golongan yg berpendapatan rendah; 2. membantu dlm proses menjadi besar: makanan yg ~ badan; 3. mengusahakan supaya lebih maju, membangunkan: ~ negara; 4. mewujudkan, membentuk: ~ satu masyarakat baru; ~ sikap baru; ~ rumah tangga yg bahagia; 5. mengembangkan: ~ plot cerita; 6. memajukan dan meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuh kedudukan sesuatu (spt bahasa dll): ~ bahasa Melayu; 7. mendatangkan kebaikan, membawa manfaat, dapat memajukan (membaiki dsb) sesuatu: teguran yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjagakan | membangunkan drpd tidur; menggerakkan; mengejutkan: Ia ~ suaminya apabila terdengar olehnya bunyi orang mengetuk pintu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengotai | membangunkan kota (benteng) pd, membina tembok (di keliling sesuatu), memagari: maka dikotai oleh Bendahara berkeliling pulau itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |