membasuh | 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: membasuh kain; membasuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: membasuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku membasuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: membasuh orang yang antiperpaduan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cuci muka | a. membasuh muka. b. tempat membasuh muka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
basuh | ; membasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1 orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membasuh. ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cuci | bp mencuci. ~ darah a. ubat utk membersihkan darah. b. membersihkan darah dgn ubat. ~ mata a. membersihkan mata dgn air dll. b. bersenang-senang dgn melihat sesuatu yg indah. ~ muka a. membasuh muka. b. tempat membasuh muka. ~ perut ubat utk membersihkan perut. ~ tangan a. membasuh tangan. b. mangkuk tempat membasuh tangan. c. tidak mahu bertanggungjawab atau tidak mahu terlibat dlm sesuatu perkara atau hal orang lain. mencuci 1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian. 2 membersihkan sesuatu (dgn penyapu dll). ~ filem mengerjakan supaya sesuatu filem menjadi negatif atau positif. ~ gambar membuat gambar drpd filem yg sudah dicuci. mencucikan 1 mencuci utk orang lain. 2 ki memotong kulup; mengkhatankan; menyunatkan. cucian 1 apa-apa yg dicuci. 2 cara mencuci. pencucian 1 perbuatan atau hal mencuci. 2 tempat mencuci. pencuci 1 orang yg kerjanya mencuci; tukang cuci. 2 sesuatu yg digunakan utk mencuci: serbuk ~ kain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
basuh | membasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1. orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2. alat yg digunakan utk membasuh: mesin ~ kain; ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi. | Kamus Pelajar |
membasuh | membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membasuh | membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. | Kamus Pelajar |
cuci tangan | a. membasuh tangan. b. mangkuk tempat membasuh tangan. c. tidak mahu bertanggungjawab atau tidak mahu terlibat dlm sesuatu perkara atau hal orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembasuh | 1. orang yang kerjanya membasuh, pencuci; 2. alat yang digunakan untuk membasuh, pencuci: mesin pembasuh kain; pembasuh balai (meja) belanja bicara; pembasuh mulut minuman atau penganan sesudah makan nasi; pembasuh tangan upah yang diberikan kepada orang yang disuruh bekerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membilas | membasuh atau mencuci sesuatu (tubuh, pakaian dll) utk kali kedua dan seterusnya sehingga bersih: setelah tujuh kali membasuh dgn air biasa, barulah dibilas dgn air yg ditapis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |