membawa perut | datang utk makan sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membawa perut | berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perut I | 1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segalagala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman makanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengandungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kantung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pencernaan makanan yg berupa saluran yg panjang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar; ~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu miliknya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari penghidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman); seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perempuan yg sama; berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~; memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kanggaru | nama sj binatang yg terdapat di Australia (yg betinanya mempunyai kantung di perut tempat membawa anak-anaknya), Macropus giganteus. | Kamus Pelajar |
salur makanan | saluran yg membawa makanan dr mulut ke perut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenggang | /lénggang/ 1 gerakan atau ayunan tangan ke depan dan ke belakang ketika berjalan: ~ tangannya lemah gemalai. 2 gerakan berbuai-buai (spt kapal dipukul gelombang). ~ perut istiadat membetulkan kedudukan anak di dlm perut, bagi perempuan mengandung sulung setelah mengandung tujuh bulan. berlenggang 1 berjalan dgn tangan berayun ke depan dan ke belakang. 2 bergerak ke kiri dan ke kanan atau turun naik (spt kapal atau perahu dipukul gelombang). 3 berjalan dgn tidak membawa buah tangan atau dgn tidak membawa beban: Dia pergi ke rumah emaknya ~ saja. ~ lenggok berliuk-liuk ke kiri dan ke kanan spt orang menari. melenggangkan mengayunkan (tangan) ke depan dan ke belakang ketika berjalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
salur | sesuatu (spt pembuluh, parit, dll) yg men-jadi jalan atau laluan utk mengalirkan air dsb; ~ buah pinggang saluran yg membawa air kencing dr buah pinggang ke pundi-pundi kencing; ~ darah saluran (dlm badan) yg menyalurkan darah; ~ halus salur darah dgn salur nadi yg halus, jalan saraf, arteriol; ~ kencing saluran yg menyalirkan air kencing dr pundi kencing ke luar tubuh, uretra; ~ makanan saluran yg membawa makanan dr mulut ke perut; ~ mani saluran tempat mani disimpan dan menjadi matang (dlm buah zakar); ~ nadi saluran yg membawa darah dr jantung ke bahagian-bahagian lain badan, arteri; menyalurkan 1. mengalirkan (sesuatu yg cair dll): air yg kotor itu disalurkan ke laut; 2. menyampaikan (membawa dsb) melalui jalan atau cara tertentu: segala surat-menyurat mesti disalurkan menerusi syarikat kerjasama; tersalur dapat disalurkan, (sudah) disalurkan; saluran 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan; penyaluran perbuatan menyalurkan (air, pendapat, dll); penyalur (sesuatu) yg menyalurkan, penyampai, pembawa: bahasa yg berkesanggupan men-jadi alat ~ ilmu dan kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kanggaru | nama sj binatang yg terdapat di Australia, yg mempunyai dua kaki belakang yg panjang dan bergerak dgn melompat (yg betinanya membawa anak dlm kantung di bahagian perut), Macropus giganteus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bawa | ; berbawaan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), sesuai dgn: warna kain samping ~ dgn warna bajunya;membawa 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu;membawakan 1. membawa utk seseorang: Salina ~ anaknya kopi dan roti; 2. menyampaikan, membaca, menyanyikan: dua tiga orang drpd mereka ~ lagu “Arya Mala”;terbawa 1. (tidak sengaja) membawa atau dibawa: fail lain pula yg ~ ke bilik mesyuarat;2. = ~ masuk = terbawa-bawa terlibat, tersangkut: jangan-jangan saya pun ~ dlm perkara ini; 3. sanggup dibawa: saya tak ~ bungkusan seberat ini; 4. = terbawa-bawa terpengaruh, kena pengaruh: mereka khuatir kalau-kalau anak gadis mereka yg hampir baligh ~ oleh suasana yg tidak keruan; penterjemah harus berhati-hati supaya ia tidak terpengaruh dan ~ oleh cara-cara penyusunan kalimat bahasa asing; bawaan 1. benda yg dibawa: sekali ia masuk, kira-kira ~ dua tiga orang diangkutnya keluar; masing-masing meletakkan ~nya; 2. harta benda yg dibawa pd masa kahwin: ~ isteri tetap tinggal hak milik isteri; 3. buah tangan: setiap kali dia datang ada saja ~nya; 4. pengaruh, akibat: mudahnya hancur perkahwinan ialah kerana ~ masa; 5. = pembawaan; 6. yg dibawa oleh: beberapa jenis penyakit ~ air dan udara; kulat patogen ~ tanah;pembawaan 1. = bawaan sifat semula jadi: susah hendak mengubah ~ semula jadi; 2. perihal membawa: ~ barang-barang itu dilakukan pd malam hari;berpembawaan mempunyai sesuatu sifat semula jadi;pembawa 1. orang yg membawa (mengangkat dsb) sesuatu; ~ berita = ~ khabar orang yg membawa khabar; ~ suara juruacara, jurubicara; se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; 2. orang yg mendatangkan sesuatu atau yg menyebabkan berlakunya (timbulnya dsb) sesuatu: ia menganggap Hamzah Fansuri sbg ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yg rasional; ~-~ peradaban India; 3. NS barang yg dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai: cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; 4. orang dll yg menyebarkan sesuatu (spt penyakit, kuman, dsb): ~ kuman taun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membawa | 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |