membayang-bayangi | mengenakan bayang-bayangnya pd, menggelapi dgn bayang-bayangnya akan sesuatu: pokok itu tidak subur hidupnya kerana sentiasa dibayangi pokok-pokok lain; tidak boleh ~ orang sedang makan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bayang | 1. tempat yg tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda: jangan engkau makan dlm ~; 2. lembaga gelap yg wujud pd suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar: ~ orang; 3. gambar pd cermin (air dll): melihat ~ sendiri di air; 4. rupa yg tidak jelas dlm gelap: ternampak ~ orang datang dlm gelap; 5. ki gambaran dlm fikiran, khayal: sudah ada ~ dlm ingatanku;~ disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti; ~ sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri; ~ tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan; dimabuk ~ prb ingin akan sesuatu yg mustahil; takutkan ~ sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri;berbayang, berbayang-bayang 1. kelihatan spt bayang-bayang: tampak ia berjalan ~ di dlm kabut; 2. tampak dlm fikiran dll: ~ dlm ingatannya apa yg akan terjadi kalau ia pergi;membayang menyebabkan adanya bayang-bayang, spt bayang-bayang: ia menjaga supaya penanggungan batinnya tidak ~ keluar;membayangi, membayang-bayangi mengenakan bayang-bayangnya pd, menggelapi dgn bayang-bayangnya akan sesuatu: pokok itu tidak subur hidupnya kerana sentiasa dibayangi pokok-pokok lain; tidak boleh ~ orang sedang makan;membayangkan, membayang-bayangkan 1. membuat gambaran dlm fikiran: dapatkah engkau ~ apa yg akan terjadi kalau meletus perang dunia sekali lagi? 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terang: dlm percakapannya dibayangkannya sedikit tentang kehendaknya; 3. mencerminkan, memberikan gambaran: wajahku ~ apa yg tersembunyi di dlm perasaan hatiku;terbayang, terbayang-bayang 1. seakanakan tampak: wajah anaknya ~ di matanya: 2. kelihatan, tampak: pd mukanya ~ cahaya gembira; 3. (sudah) ada tanda-tandanya, (sudah) kelihatan tetapi tidak dgn jelas sekali: konsep struktur dalaman dan struktur permukaan diperkenalkan dgn tegas dlm versi ini walaupun konsepnya telah ~ dlm versi 1957;terbayangkan dapat dibayangkan (dlm fikiran);bayangan 1. bayang-bayang; 2. tanda-tanda tentang sesuatu (mis kejadian yg akan berlaku, tindakan atau keputusan yg akan diambil, dll);pembayangan perihal membayang(-bayang)-kan;pembayang sesuatu yg memberi bayangan tentang sesuatu yg lain, sesuatu yg membayangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |