Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1. memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik; 2. menunaikan (janji, kaul, dll): ~ niat; 3. membalas (kebaikan dll): ~ budi; ~ ansur membayar sedikit-sedikit; ~ derau membalas budi (pertolongan beramai-ramai); ~ di belakang membayar sesudah menerima barang dll; ~ di muka membayar sebelum menerima barang dll; ~ hajat = ~ kaul = ~ nazar = ~ niat melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); ~ kontan Id = ~ tunai membayar pd ketika menerima barang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1 memberikan wang utk harga barang yg dibeli (menjelaskan hutang dsb): Salmah ~ harga kopi dan gula kpd Pak Kadir, yg empunya kedai runcit itu. 2 melakukan sesuatu utk memenuhi janji dsb; menunaikan nazar (niat): ~ niat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membayar

Puisi
 

Hari ini hari Selasa,
     Hari besok hari Arbaª;
Mudah-mudahan terlepas seksa,
     Segeralah membayar segala qadaª.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
uncit; membayar ~ membayar beransur-ansur; beruncit-uncit sedikit demi sedikit (membayar, datang dsb): tentunya pekerjaan itu lambat selesai kalau dilakukannya ~; datang ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
olak IIIMn 1. hilir; ke ~ ke hilir; sebelah ~ sebelah hilir (bawah); 2. kembali, ulang; membayar ~ membayar kembali; berolak tidak kuat lagi, sudah agak lemah (badan dll), tidak mujarab lagi (ubat dll); mengolak 1. terpelanting kembali (kerana tidak lut dll); 2. enggan atau tidak hendak lagi (makan sesuatu).Kamus Dewan Edisi Keempat
kontanIB 1. tidak bertangguh (bkn bayaran), tunai: tuan-tuan toko telah percaya utk memberikan barang-barang kepadanya utk dijual walaupun dgn bayaran yg tidak ~; membayar ~ membayar tunai; 2. bp dgn serta-merta, segera (menjawab dll); ~ keras pd saat itu juga (dijawab, dibalas, dsb); kontan-kontanan bp pd ketika itu juga; mengontan 1. membayar tunai; 2. bp menjawab (membalas dll) dgn segera (tidak ber­tangguh-tangguh atau berfikir-fikir dahulu).Kamus Dewan Edisi Keempat
pampas Idenda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll): membayar ~ yg patut; memampas membayar denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll); memampasi membayar pampasan (ganti rugi) kpd seseorang (kerana mengalami kemalangan, kerugian dsb): kerajaan akan ~ setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek pelebaran jalan itu; pampasan 1. wang (barang dll) yg dibayar sbg ganti rugi: wang ~; ~ perang; 2. = pe­mampasan perihal membayar ganti rugi.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunai1 tidak bertangguh (ttg bayaran); tidak berhutang: membayar ~ membayar pd ketika itu juga; wang ~ wang yg dpt digunakan dgn segera (wang kertas atau syiling).Kamus Pelajar
membayar uncitmembayar beransur-ansur;Kamus Dewan Edisi Keempat
membayar olakmembayar kembali;Kamus Dewan Edisi Keempat
membayar kontanmembayar tunai; 2. bp dgn serta-merta, segera (menjawab dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
membayar ansurmembayar sedikit-sedikit;Kamus Dewan Edisi Keempat
membayar tunaiId membayar pd ketika menerima barang;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas