Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.li.ti] | ممبليتي

Definisi : melingkari, mengelilingi: sebuah jalan ~ kawasan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membeliti


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membelitimelingkari, mengelilingi: sebuah jalan ~ kawasan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
melilitimembelit pd, membeliti: sehelai serban putih ~ kepalanya; tiang rumahnya dililiti akar;Kamus Dewan Edisi Keempat
belit1. lilit (lingkaran tali, ular, dll); 2. belok-belok, kelok-kelok (jalan, sungai, dll); putar ~ = pusing ~ = belat-~ bp berputar-putar (tidak jujur);berbelit berlilit: seekor ular ~ di dahan itu; berbelit-belit 1. berlilit-lilit: sulur-suluran ~ pd tiang pagar itu; 2. berkelok-kelok, berpusing-pusing: jalan ke pergunungan itu sangat ~; 3. berjalin-jalin, bersambung-sambung, bersangkut paut, kacau: fikiran yg timbul begitu kusut, yg datang berkacau-kacau, ~;membelit 1. melilit, melingkar: di pergelangan tangannya ~ dua urat gelang halus; 2. membebat, melibat, menjebak: dgn jalan begini mereka hendak ~ anak negeri supaya dapat diperhambakan; membeliti melingkari, mengelilingi: sebuah jalan ~ kawasan itu;membelitkan melilitkan (sesuatu): anak gajah itu ~ belalainya pd ekor ibunya;terbelit 1. terlilit, terlingkar; 2. terbebat, terjebak, terlibat;belitan hasil drpd membelit (melilit), lilitan, lingkaran: membuka ~ tali pd tiang itu; pembelit 1. tali (kain dsb) yg digunakan utk membelit sesuatu; 2. ki penipu, pendusta: kau memang manusia kejam, tidak setia, penipu, dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
lilit1. lingkar (spring jam, ular sedang tidur, dll), sesuatu yg membelit (ikatan dll), belit: jahitan itu dimatikan dgn menyimpulkan benang tiga ~; 2. = lilitan keliling (sesuatu kawasan dll): ~ bulatan bumi di khatulistiwa ialah 24 900 batu atau 39 840 km; kuat ~ kerana simpulnya prb kekuatan persatuan terletak pd anggota-anggotanya; selilit 1. sekali lilit, hanya satu lilitnya: ~ kelengkeng; 2. sekeliling, sebelit: ~ Pulau Perca; berlilit berada dlm keadaan melingkari sesuatu, berbelit: ular ~ di dahan kayu; berlilitkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lilit: kepalanya yg ~ kain merah persis warna darah itu; melilit 1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dll), mulas; meliliti membelit pd, membeliti: sehelai serban putih ~ kepalanya; tiang rumahnya dililiti akar; melilitkan membelitkan, melingkarkan: buat satu lingkaran dgn ~ dawai pd sebatang pensel; lilitan garisan yg menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dll), lingkungan, lilit; pelilit sesuatu (tali, kain, dsb) yg digunakan utk melilit: lilit tangkai bunga dgn ~ warna hijau.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas