membenarkan | 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membenarkan | 1. membetulkan: dia cuba ~ kata-katanya yg telah terlanjur itu; 2. menganggap benar, menganggap sah: khabar semalam telah dibenarkan oleh lidah rasmi kerajaan; 3. mengiakan, menyetujui: Hilmi mengangguk ~ kata-kata itu; 4. memperbolehkan, mengizinkan: empunya rumah tidak ~ kami masuk sebelum membayar sewa pertama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membenarkan | 1. menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2. memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. | Kamus Pelajar |
izin | pernyataan membenarkan atau merelakan sesuatu: Kami belum mendapat ~ utk membuka kedai itu. mengizinkan memberi izin kpd; membenarkan; menyetujui: Ibunya tidak ~ dia berkahwin dgn orang asing. keizinan hal mendapat izin; kebenaran; kerelaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
izin | pernyataan membenarkan atau merelakan sesuatu:<>Kami belum mendapat ~ utk membuka kedai itu. mengizinkan memberi izin kpd; membenarkan; menyetujui: Ibunya tidak ~ dia berkahwin dgn orang asing. keizinan hal mendapat izin; kebenaran; kerelaan. | Kamus Pelajar |
izin | Ar persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran (drpd ibu bapa, ketua, dsb), perkenan (Allah): tauke itu belum lagi mendapat ~ utk membuka kedai di sini; dgn ~ Allah; seizin = dgn ~ dgn kebenaran, dgn perkenan; mengizinkan memberi izin, memperkenankan, membenarkan: budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu; keizinan kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu dgn ~ sultan; pengizinan perbuatan mengizinkan (membenarkan); pengizin orang yg memberi izin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ia II | kata yg diucapkan utk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu; ya. beria-ia bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. mengiakan mengatakan ia; membenarkan; menyungguhkan: Saya ~ apa-apa yg dikatakannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bukaan | ist 1 bahagian terbuka pd sesuatu jasad berbentuk tetap yg membenarkan cahaya, air dll melaluinya. 2 bahagian kanta pd kamera, teleskop dsb yg membenarkan cahaya melaluinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ingkar | 1 tidak membenarkan; menafikan: Orang yg memuja berhala ialah orang yg ~ terhadap keesaan Allah. 2 tidak mahu; tidak menurut: Ada orang yg ~ beramal. mengingkari tidak mahu menerima perintah (suruhan dll); tidak mahu membenarkan; menyangkal; menafikan: Sesiapa yg ~ undang-undang berkurung ini akan ditembak. keingkaran hal ingkar; keengganan. pengingkaran perbuatan atau hal mengingkari. pengingkar orang atau pihak yg ingkar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ia II | kata yg diucapkan utk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu; ya. beria-ia bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. mengiakan mengatakan ia; membenarkan; menyungguhkan: Saya ~ apa-apa yg dikatakannya. | Kamus Pelajar |