membengkak | menjadi bengkak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membengkak | menjadi bengkak: tanda-tanda penyakit ini ialah rasa mual, sakit punggung, sesak nafas dan kaki ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membengkak | menjadi bengkak. | Kamus Pelajar |
pembengkakan | perihal (proses dsb) membengkak: penggunaan air ini dapat membantu mengurangkan ~; ~ leher ini akan berlaku secara berperingkat-peringkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketumbuhan | 1 tisu yg membesar atau membengkak secara tidak normal, spt tumor. 2 sj penyakit kulit yg disebabkan oleh virus; cacar. 3 ditumbuhi (oleh): Kawasan itu ~ lalang dan duri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buasir | penyakit yg disebabkan urat darah pd dubur membengkak, puru sembilik, hemoroid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuber | (Bio) batang bawah tanah atau akar cabang yg membengkak kerana berisi makanan simpanan, mis ubi kentang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumor | gumpalan sel abnormal atau berpenyakit yg tumbuh dan membengkak pd badan manusia atau binatang, ketumbuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elefantiasis | (éléfantiasis) (Ubat) penyakit yg menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkitan cacing filaria, untut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untut | 1. penyakit bengkak pd kaki (kerana kurang makan, menderita penyakit beriberi, dll); 2. (Ubat) penyakit yg menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkitan cacing filaria, sakit gajah, elefantiasis; harapkan si ~ menggamit, kain koyak diupahkan prb percaya kpd orang yg malas; kaki ~ dipakaikan gelang prb maksud hendak memperelok tetapi menjadi bertambah buruk; lain yg bengkak, maka yg bernanah lain, yg ~ lain, yg mengisut lain prb lain yg bersalah, lain yg kena hukum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |