membentangkan | 1 membuka sesuatu drpd gulungan atau lipatan luas-luas; menghamparkan: Sambil ~ tikar, ia menyilakan tetamu naik ke rumahnya. 2 memberikan penerangan atau pendapat ttg sesuatu; menghuraikan sesuatu dgn panjang lebar: Haji Ali telah ~ pendapatnya dgn panjang lebar dlm mesyuarat itu. Beliau ~ kertas kerja ttg cara menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membentangkan | 1. menghamparkan, membeberkan: ia melabuh sauhnya seraya ~ kajang utk berbaring-baring melepaskan jerihnya; Pak Kadok ~ layar dan mengemudikan perahunya; 2. memaparkan, menghuraikan, menerangkan: peringatan serupa itu kerap kali dibentangkan dan dipaparkan oleh Rosita kpd mereka itu; 3. menyampaikan sesuatu (kertas kerja dll): kertas kerja ini telah dibentangkan pd seminar Bahasa dlm Pendidikan ke-IV; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membentangkan | 1. membuka sesuatu drpd gulungan atau lipatan luas-luas; menghamparkan:Sambil ~ tikar, ia menyilakan tetamu naik ke rumahnya. 2. memberikan penerangan atau pendapat ttg sesuatu; menghuraikan: Haji Ali telah ~ pendapatnya dgn panjang lebar dlm mesyuarat itu. | Kamus Pelajar |
hampar | ; batu ~ batu besar yg rata lagi lebar; menghampar 1. terbuka luas, terpapar: tanah sawahnya rata bagai tikar ~; padi ~ pokok padi sedang tumbuh yg merata nampaknya; 2. membentangkan (tikar dll): ~ permaidani; 3. ki membentangkan, menerangkan (dgn panjang lebar): ia ~ soal itu di dlm mesyuarat; menghampari membentangkan (tikar dll) di atas sesuatu (spt lantai dsb): lantai pelupuh itu dihampari dgn tikar pandan putih; menghamparkan 1. membentangkan (tikar dll): sehelai kertas dihamparkan utk alas; 2. ki membentangkan, menerangkan (dgn panjang lebar); terhampar 1. terbentang, terbuka luas: tanah seberang itu pasirnya terlalu putih spt kain ~; di lantai ~ permaidani yg indah; 2. sl bertaburan (bertebaran dll) merata: darah pun banyak ~ di bumi; barang-barang mereka semuanya ~; hamparan 1. sesuatu yg dihamparkan (spt permaidani, tikar, dll); 2. sesuatu yg kelihatan terhampar atau terbentang luas (spt sawah padi, pantai, dsb): ~ sawah padi yg menguning; ~ elektronik lejar atau helaian kerja saintifik (dgn ruang yg tersusun mengikut baris dan lajur) yg dicipta, diolah, dan dipaparkan oleh komputer; sehamparan satu hamparan: orang Sepanyol memiliki ~ tanah yg luas dgn hak memugut pajak dan ufti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembentangan | 1. perbuatan membentangkan (menghamparkan, membeberkan), penghamparan, pembeberan; 2. perbuatan membentangkan (memaparkan, menghuraikan, menerangkan), pemaparan, penghuraian, penerangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghamparkan | 1. membentangkan (tikar dll): sehelai kertas dihamparkan utk alas; 2. ki membentangkan, menerangkan (dgn panjang lebar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membeberkan | 1. mengembangkan (bendera, layar, dll), membentangkan: jong itu telah ~ layarnya; 2. membentangkan: keterangannya ~ betapa banyaknya perubahan itu; 3. membuka (rahsia dll): dia suka ~ rahsia orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
babar | ; membabar membentang, mengembang;membabarkan 1. membentangkan, mengembangkan (layar dll), menebarkan: Pak Kaduk pun ~ layar perahunya; 2. memperkembangkan, meluaskan: negara itu hendak ~ kekuasaannya ke negeri-negeri yg berjiran; 3. membentangkan, menjelaskan, memaparkan: ia telah ~ pendapatnya kpd rakyat;terbabar 1. telah dibabarkan, terkembang, terbentang, tertebar: layarnya ~; 2. berada dlm kumpulan yg banyak dlm satu kawasan yg luas: sekawanan ikan kelihatan ~ luas di laut; 3. terpancar ke merata-rata: cahaya perada itu ~ ke segenap penjuru bilik itu;pembabaran 1. perbuatan membabarkan (mengembangkan, menebarkan), pengembangan, pembentangan, penebaran; 2. perbuatan membabarkan (mengembangkan, meluaskan), pengembangan, peluasan; 3. perbuatan membabarkan (membentangkan, memaparkan), pembentangan, pemaparan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengembangkan | 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyukakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, tersebar, dsb), memajukan, meluaskan, menyebarkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganutnya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membabarkan | 1. membentangkan, mengembangkan (layar dll), menebarkan: Pak Kaduk pun ~ layar perahunya; 2. memperkembangkan, meluaskan: negara itu hendak ~ kekuasaannya ke negeri-negeri yg berjiran; 3. membentangkan, menjelaskan, memaparkan: ia telah ~ pendapatnya kpd rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |