membenturkan | melanggarkan, menghantukkan, menumbukkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertarungkan | menjadikan bertarung, membenturkan, memperlaga-kan, mempersabungkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menarungkan | menjadikan bertarung, membenturkan, memperlagakan, mempersabungkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghantukkan | melanggarkan sesuatu pd sesuatu, membenturkan: Ratna memegang kepala Kadir lalu dihantukkannya ke dinding; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bentur II | ; berbenturan berlanggaran, berhantukkan, bertumbukan; membenturkan melanggarkan, menghantukkan, menumbukkan;terbentur 1. terlanggar, terhantuk, tertumbuk: kakinya ~ batu; 2. terhalang, terhambat, gagal: maksudnya selalu ~;perbenturan perihal berbenturan, pertentangan, perlanggaran: ketegangan dlm kehidupan bangsa yg sedang berkembang, diakibatkan oleh ~ antara aspirasi ekonomi moden dgn aspirasi kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hantuk | ; berhantuk berlanggar (bersentuhan) dgn: kepalanya ~ dgn dinding; berhantukan, berhantuk-hantuk saling berhantuk, berbenturan: kedengaran bunyi bangku dan kerusi ~;` menghantukkan melanggarkan sesuatu pd sesuatu, membenturkan: Ratna memegang kepala Kadir lalu dihantukkannya ke dindin`g; terhantuk menghantuk sesuatu dgn tidak sengaja, terlanggar, terbentur, tersandung (kaki): kakinya ~ pd batu; sudah ~ baru tengadah prb sesudah terkena (mendapat kesusahan dsb) baru beringat-ingat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tarung | bertarung 1. berlanggar, berhantuk; 2. berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, dll: sesudah ~ dgn raksasa dan Raja Lembu, kipas sakti itu diperolehnya juga; 3. berlawan (dlm perlawanan sukan dll), bertanding: ramai pelumba motosikal yg terkemuka dr Jepun akan ~ utk merebut piala kejohanan tersebut; 4. sl berbantah, berdebat: kedua-duanya ~ di hadapan hakim; bertarungan berlanggaran, berbenturan; menarung menyandung, melanggar, membentur, menyentuh; menarungkan, mempertarungkan menjadi-kan bertarung, membenturkan, memperlaga-kan, mempersabungkan; ~ nasib mengadu untung; ~ nyawa (jiwa) a) mempertaruhkan (mengorbankan) nyawa; b) berjuang bermati-matian dgn; tertarung 1. terlanggar, terhantuk, tersandung, tersentuh: kakinya ~ pd batu; 2. ki mendapat rintangan, tersandung; baru dimulai sudah ~ prb baru dimulai sudah menemui rintangan (halangan); kaki ~ inai padahannya, mulut terdorong emas padahan-nya prb hendaklah ditunaikan segala janji (apabila berbuat sesuatu harus berani me-nanggung akibatnya); pertarungan 1. pertempuran, perkelahian, perlawanan, pertandingan: ketika itu berlakulah ~ yg mengerikan antara Awang dgn Bacuk; ~ yg amat hebat ialah antara pelumba-pelumba motosikal; 2. perjuangan: dia sendiri baru lagi menceburkan dirinya dlm ~ hidup; 3. pertelingkahan, perselisihan (pendapat dll): dlm ~ pendapat antara Ferdaos dan Lokman, Asrul tidak menyebelahi mana-mana pihak;penarung 1. = batu ~ a) rintangan, halangan; b) sesuatu yg menyakiti hati; 2. = kaum ~ ark yg menjadi perintang, puak reaksioner. | Kamus Dewan Edisi Keempat |