memberhentikan | 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diberhentikan; 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberhentikan | 1. menjadikan atau menyebabkan berhenti: Dia ~ motokarnya di hadapan panggung wayang. 2. menamatkan (menyudahkan) peperangan dll: Beliau tidak dpt berbuat apa-apa utk ~ pergaduhan itu. 3. melepaskan dr jawatan dll; memecat: Guru itu sudah diberhentikan. | Kamus Pelajar |
memecat | memberhentikan seseorang drpd jawatannya atau drpd menjadi ahli sesuatu pertubuhan dsb: Dia tidak bersalah, kita tidak harus ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memencenkan | memberhentikan kerja dgn diberi pencen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pecat | ; memecat memberhentikan seseorang drpd jawatannya atau drpd menjadi ahli sesuatu pertubuhan dsb: Dia tidak bersalah, kita tidak harus ~nya. pemecatan perbuatan atau hal memecat: ~ pegawai daerah itu masih dipersoalkan orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengonslah | bp memberhentikan (pekerja), melepaskan, memecat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melucutkan jawatan | memberhentikan (drpd jawatan), memecat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menempohkan | menjadikan berhenti; memberhentikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghentikan | menjadikan berhenti; memberhentikan: ~ segala perbuatan jahat dan keji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buang kerja | hukuman memberhentikan atau memecat seseorang drpd kerja atau jawatannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |