membersarakan | menyebabkan (membuat supaya) bersara: langkah ini diambil utk me-mudahkan pemimpin parti ~ Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yg difikir-kan perlu diganti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sara I | 1. = ~ hidup keperluan utk hidup (wang, makanan, dll), nafkah: suamilah yg ber-kewajiban berusaha mencari ~ hidup; 2. = wang ~ wang bantuan, wang sokongan hidup: ia mendapat ~ drpd syarikat itu; bersara 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2. berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan): bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena badminton baru-baru ini; membersarakan menyebabkan (membuat supaya) bersara: langkah ini diambil utk me-mudahkan pemimpin parti ~ Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yg difikir-kan perlu diganti; menyara menanggung sara hidup, memberi sara kpd: harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat; mereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yg berbilang mulut; saraan wang yg diberikan kpd seseorang utk membantu kehidupannya: ~ ini akan ber-panjangan sehingga ahli keluarga itu mampu berdikari; persaraan perihal (keadaan dsb) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara: penge-cualian cukai juga diberikan ke atas pen-dapatan drpd ~; penyaraan perihal (perbuatan, usaha dsb) me-nyara: kos ~ keluarga semakin meningkat sedangkan pendapatan mereka tidak ber-tambah; pesara orang yg sudah bersara (drpd bekerja atau berkhidmat); penyara orang yg menyara: sbg anak sulung, dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab Almarhum ayahnya sbg ~ keluarga mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |