Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ber.sih.kan] | ممبرسيهکن

Definisi : 1. menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak; 2. menjadikan bersih (drpd sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan: ~ diri drpd segala dosa; 3. ki menjadikan bersih (bebas drpd anasir yg tidak dikehendaki), membebaskan: ~ jabatan-jabatan kerajaan drpd amalan rasuah; ~ bandar itu drpd sarang kongsi gelap; 4. menghapuskan anggapan (tuduhan dll) yg tidak baik pd diri seseorang: ~ nama yg tercemar oleh fitnah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ber.sih.kan] | ممبرسيهکن

Definisi : membasuh supaya bersih; mencuci (menyapu, mengemas dsb) supaya bersih: Pagi-pagi lagi ia sudah bangun dan terus ~ biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membersihkan

Peribahasa

Busuk daging dikincah,
     dimakan;
busuk ikan,
     dibuang.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun kejahatan saudara atau keluarga itu, tiada sampai hati menyalahkannya seperti kita menyalahkan orang lain. kincah = mengirai cucian dalam air, membersihkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cucibp mencuci. ~ darah a. ubat utk membersihkan darah. b. membersihkan darah dgn ubat. ~ mata a. membersih­kan mata dgn air dll. b. bersenang-senang dgn melihat sesuatu yg indah. ~ muka a. membasuh muka. b. tempat membasuh muka. ~ perut ubat utk membersihkan perut. ~ tangan a. membasuh tangan. b. mangkuk tempat membasuh tangan. c. tidak mahu bertanggungjawab atau tidak mahu terlibat dlm sesuatu perkara atau hal orang lain. mencuci 1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian. 2 membersihkan sesuatu (dgn penyapu dll). ~ filem mengerjakan supaya sesuatu filem menjadi negatif atau positif. ~ gambar membuat gambar drpd filem yg sudah dicuci. mencucikan 1 mencuci utk orang lain. 2 ki memotong kulup; mengkhatankan; menyunatkan. cucian 1 apa-apa yg dicuci. 2 cara mencuci. pencucian 1 perbuatan atau hal mencuci. 2 tempat mencuci. pencuci 1 orang yg kerjanya mencuci; tukang cuci. 2 sesuatu yg digunakan utk mencuci: serbuk ~ kain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sapu I1. alat (drpd lidi, sabut, roman, dll) utk membersihkan lantai dll: dia membersihkan rumahnya dgn ~ lidi; 2. sesuatu yg digunakan utk membersihkan (mengesat, menghapus, dll); ~ jagat a) sj meriam besar; b) sj hantu hutan; ~ tangan a) kain segi empat (utk mengesat muka, peluh, dll); b) destar, setangan; ~ tangan menali ayam prb perihal ke­mis-kinan yg amat sangat; spt ~ (penyapu) diikat dgn benang sutera prb sesuatu yg tidak kena pd tempatnya; bersapu 1. (sudah) dibersihkan (dikesat dll) dgn sapu: bilik saya belum ~; 2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pd per­mukaan-nya): bersama-sama susu lembu itu disedia-kannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega; menyapu 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; menyapukan 1. menyapu utk orang lain; 2. memakai sesuatu utk menyapu, menyapu dgn; 3. melumurkan (melumaskan, meng­gosokkan, dll) sesuatu pd (sesuatu permukaan dsb): maka oleh si pelulut ubat guna drpd Hang Nadim itu disapukannya pd tubuh Tun Teja; selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pd muka dan leher; tersapu 1. sudah disapu, sudah dibersihkan; 2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, di­musnah-kan, dll): haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya; sapuan 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu; penyapu alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
berusalat yg dibuat drpd dawai halus, plastik dsb dan digunakan utk menggosok atau utk membersihkan sesuatu. ~ gigi berus yg digunakan utk membersihkan gigi. ~ kain berus yg digunakan utk membersihkan kain. memberus membersihkan sesuatu dgn berus: Sebelum mandi, ia ~ giginya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pembersihan1. perbuatan membersihkan: ~ kawasan yg dilanda banjir; 2. perbuatan membersihkan (drpd pencemaran udara dll): ~ udara; 3. perbuatan membersihkan (hati), penyucian: ~ jiwa dgn cara bertapa; 4. perbuatan (tindakan, gerakan, dsb) membersihkan (anasir yg tidak baik): gerakan ~ di kawasan-kawasan yg disyaki menjadi sarang komunis;Kamus Dewan Edisi Keempat
cuci; ~ calat bersih sebersihnya; ~ darah a) membersihkan darah dgn memakan ubat; b) proses membersihkan darah dgn meng­gunakan sj mesin (darah yg beredar ditapis melalui membran separa telap dlm mesin tersebut utk membuang keluaran buangan), hemodialisis; ~ mata a) membersihkan mata dgn air dll; b) melihat-lihat perempuan dll utk menyeronokkan hati; ~ muka a) mem­basuh muka; b) Id tempat air utk membasuh muka; ~ perut a) julap, urus-urus, pencahar; b) membersihkan perut dgn julap dll; ~ tangan a) membersihkan tangan; b) Id tempat air basuh tangan; c) tidak mahu terlibat dlm hal orang; bercuci ki bersunat, berkhatan; mencuci 1. membersihkan dgn air, mem­basuh: ~ pinggan mangkuk; ~ kain; 2. membersihkan (mengesat atau menyapu dgn penyapu bulu ayam, dll): setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon; ~ filem menjadikan filem negatif drpd filem dan positif (gambar) drpd filem negatif; ~ mata cuci mata; mencucikan 1. mencuci sesuatu utk orang lain; 2. memberikan (menghantar) sesuatu supaya dicuci: saya pergi ~ baju tadi; 3. ki menyunatkan, mengkhatankan; cucian 1. barang-barang yang dicuci (spt kain, baju, dll); 2. cara mencuci, hasil mencuci: ~nya tidak bersih; pencucian 1. perihal (perbuatan) mencuci; 2. tempat mencuci; pencuci 1. orang yg mencuci, tukang cuci; 2. alat (benda dll) yg digunakan utk mencuci; ~ mulut benda manis (spt buah-buahan dsb) yg dimakan selepas makan nasi dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
cuci daraha. ubat utk membersihkan darah. b. membersihkan darah dgn ubat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cucibp mencuci. ~ darah a. ubat utk membersihkan darah. b. membersihkan darah dgn ubat. ~ mata a. membersihkan mata dgn air dll. b. bersenang-senang dgn melihat sesuatu yg indah. ~ muka a. membasuh muka. b. tempat membasuh muka. ~ perut ubat utk membersihkan perut. ~ tangan a. membasuh tangan. b. mangkuk tempat membasuh tangan. c. tidak mahu bertanggungjawab atau tidak mahu terlibat dlm sesuatu perkara atau hal orang lain. mencuci 1. menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian. 2. membersihkan sesuatu (dgn penyapu dll). ~ filem mengerjakan supaya sesuatu filem menjadi negatif atau positif. ~ gambar membuat gambar drpd filem yg sudah dicuci. mencucikan 1. mencuci utk orang lain. 2. ki memotong kulup; mengkhatankan; menyunatkan. cucian 1. apa-apa yg dicuci. 2. cara mencuci. pencucian 1. perbuatan atau hal mencuci. 2. tempat mencuci. pencuci 1. orang yg kerjanya mencuci; tukang cuci. 2. sesuatu yg digunakan utk mencuci: serbuk ~ kain.Kamus Pelajar
kerokJw sj sikat (penggaruk) utk membersihkan bulu kuda; mengerok membersihkan bulu kuda dgn kerok; ®keruk I.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencuci1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian. 2 membersihkan sesuatu (dgn penyapu dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyucikan1. membersihkan diri (dr segi agama); 2. sl membersihkan diri drpd ke­kotoran (semak samun dll): maka Bendahara dan Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu; 3. membersihkan drpd segala yg keji (hati, fikiran, perasaan), memurnikan, me­nguduskan: hari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati selepas melalui percubaan Tuhan; 4. menganggap suci (mulia): ada orang yg ~ anjing;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas