membiawak | berjalan dll spt biawak, menggelincir: maka diseru oleh Naina Ishak, katanya, “Hai Hang Hamzah, mengapa maka tuan hamba lari ~?” | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ngeloso | Jw ark membiawak, merangkak (dada kena pd tanah), menjalar (spt ular), berbaring bergerak-gerak (kerana kesakitan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meloso | Jw ark membiawak, merangkak (dada kena pd tanah), menjalar (spt ular), berbaring bergerak-gerak (kerana kesakitan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
loso | Jw ark = meloso, ngeloso membiawak, merangkak (dada kena pd tanah), menjalar (spt ular), berbaring bergerak-gerak (kerana kesakitan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biawak | sj binatang yg menyerupai buaya (tetapi lebih kecil); jenis-jenisnya: ~ air = ~ riang-riang sj biawak yg besar, geriang, keriang, Varanus salvator; ~ bunga = ~ puru, Varanus nebulosus; ~ kudung sj biawak pohon, jiawang, jawang, Varanus dumerili; ~ serunai sj biawak yg bahagian kepalanya panjang menjulur, Varanus rudicollis; ~ kudung masuk kampung prb tersesat ke kampung musuh atau pencuri yg dikenali oleh orang ramai; bila pula ~ duduk prb hal sesuatu yg mustahil; mendukung ~ hidup prb melakukan sesuatu yg menyusahkan diri sendiri;membiawak berjalan dll spt biawak, menggelincir: maka diseru oleh Naina Ishak, katanya, “Hai Hang Hamzah, mengapa maka tuan hamba lari ~?” | Kamus Dewan Edisi Keempat |