Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bo.doh.kan] | ممبودوهکن

Definisi : 1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh: budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dgn tidak memasukkannya ke sekolah; 2. menganggap bodoh; 3. mengakali, menipu: aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bo.doh.kan] | ممبودوهکن

Definisi : , = membodoh-bodohkan 1 membiarkan bodoh; menjadikan bodoh. 2 menganggap bodoh; memperlakukan sbg orang bodoh: Jangan suka ~ orang lain. 3 menipu; mengakali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membodohkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membodohkan, = membodoh-bodohkan 1 membiarkan bodoh; menjadikan bodoh. 2 menganggap bodoh; memperlakukan sbg orang bodoh: Jangan suka ~ orang lain. 3 menipu; mengakali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membodohkan1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh: budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dgn tidak memasukkannya ke sekolah; 2. menganggap bodoh; 3. mengakali, menipu: aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku;Kamus Dewan Edisi Keempat
membodohkan = membodoh-bodohkan 1. membiarkan bodoh; menjadikan bodoh. 2. menganggap bodoh; memperlakukan sbg orang bodoh:Jangan suka ~ orang lain. 3. menipu; mengakali.Kamus Pelajar
membuat bodoha) membodohkan; b) berpura-pura bodoh;Kamus Dewan Edisi Keempat
bodohtidak mudah mengerti ketika mempelajari sesuatu; tidak pandai: Orang ~ tidak dpt membezakan mana yg baik dan mana yg tidak. membodohkan, = membodoh-bodohkan 1 membiarkan bodoh; menjadikan bodoh. 2 menganggap bodoh; memperlakukan sbg orang bodoh: Jangan suka ~ orang lain. 3 menipu; mengakali. kebodohan sifat atau keadaan bodoh; kedunguan: Beliau tertawa memikirkan ~ Pak Kaduk yg mudik ke hulu ketika air surut. sebodoh-bodoh bagaimana bodoh sekalipun: ~ aku, aku tidak akan menyerah kalah begitu saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bodohtidak mudah mengerti ketika mempelajari sesuatu; tidak pandai: Orang ~ tidak dpt membezakan mana yg baik dan mana yg tidak. membodohkan, = membodoh-bodohkan 1. membiarkan bodoh; menjadikan bodoh. 2. menganggap bodoh; memperlakukan sbg orang bodoh: Jangan suka ~ orang lain. 3. menipu; mengakali. kebodohan sifat atau keadaan bodoh; kedunguan: Beliau tertawa memikirkan ~ Pak Kaduk yg mudik ke hulu ketika air surut.Kamus Pelajar
membuat1. = memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
bodohsukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol: ~ sangat budak ini; masa ~ Id a) tidak acuh, tidak menghiraukan: dlm hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~; b) perkara awak (bukan soal saya): itu masa ~ awak; ~ alang agak bodoh; ~ sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak; ~ sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; sebodoh-bodoh bagaimana (betapa) bodoh sekalipun: ~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dgn begitu sahaja; membodohkan 1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh: budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dgn tidak memasukkannya ke sekolah; 2. menganggap bodoh; 3. mengakali, menipu: aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku; kebodohan 1. perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan; 2. Jk kesalahan, kekeliruan; kebodoh-bodohan agak bodoh.Kamus Dewan Edisi Keempat
buat1. bp = berbuat, membuat: dia tu sehari dua ini ~ duit betul; 2. untuk, bagi: ~ sementara, rumah ini didirikan bukan ~ kita laki-laki; wang ~ beli baju; 3. dijadikan sbg: ~ penghibur di kala sunyi; ~ kawan (teman);berbuat 1. mengerjakan (melakukan) sesuatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; membuat 1. = memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya; membuatkan membuat sesuatu utk: ia ~ adiknya segelas minuman;memperbuatkan membuat (dgn usaha): bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pd Bendahara;terbuat dibuat (drpd): dinding rumah itu ~ drpd papan peti susu;terperbuat telah dibuat (dikerjakan dll); jika yg baik ~ bersilang cerana datang, jika yg buruk ~ bersilang telunjuk di bibir prb perbuatan baik dapat pujian, perbuatan buruk dapat celaan; buatan 1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan; baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat;perbuatan segala yg dibuat, kerja, tindakan: dibuatnya segala ~ yg salah; ~ siapa ini?; ia melarat kerana ~nya sendiri; pembuatan perihal (kegiatan, usaha, dsb) membuat: perjanjian ini mengehadkan ~ kapal perang oleh Jepun;pembuat (orang dll) yg membuat: kilang ~ paku.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas