membolehkan | menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membolehkan | mengizinkan, memungkinkan: tempoh jawatannya terlampau pendek utk ~ dia membuat sesuatu yg berguna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membolehkan | menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. | Kamus Pelajar |
konsol(console) | 1. Bahagian komputer yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer. 2. Bahagian sistem yang membolehkan pengendali mengawasi dan mengawal perjalanan pengendalian sistem. | Kamus Komputer |
pemacu cakera | bahagian pd komputer tempat cakera dimasukkan utk membolehkan maklumat pd cakera tsb dibaca atau utk membolehkan maklumat disimpan pd cakera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sifat bit buntal(fat bit feature) | Sifat perisian melukis yang membolehkan paparan peta bit bahagian objek diperbesar untuk sementara bagi membolehkan unsur gambar diolah dengan lebih terperinci. | Kamus Komputer |
atur cara pemulihan aben(abend recovery program) | Atur cara yang membolehkan taraf dan keadaan sebelum pengakhiran abnormal (aben) berlaku dimuatkan semula ke dalam sistem. Atur cara ini membolehkan proses yang telah gagal memulakan kerjanya semula. | Kamus Komputer |
rangkaian komputer(computer network) | Sistem penyambungan antara dua komputer atau lebih dengan peralatan persisian. Rangkaian ini membolehkan pemprosesan sendirian dan selari dijalankan, dan membolehkan maklumat, data, persisian, seperti peranti simpanan kekal yang besar dan pencetak, dikongsi bersama oleh semua komputer dalam rangkaian ini. | Kamus Komputer |
suap borang(form feed) | Sistem penyaluran kertas cetakan pada semua pencetak komputer yang membolehkan kertas cetakan digerakkan ke baris pertama halaman borang kertas cetakan yang mengekor. Ini membolehkan halaman yang terdahulu dipisahkan daripada helaian utama. Suap borang ini boleh digerakkan sama ada dengan menekan butang khas pada pencetak atau apabila pencetak menerima kod aksara suap borang daripada komputer. | Kamus Komputer |
perantaian(chaining) | 1. Kemudahan yang dimiliki oleh bahasa pengaturcaraan komputer yang membolehkan atur cara berhubung dengan atur cara yang lain dari dalam atur cara. 2. Sistem penyimpanan maklumat yang membolehkan unit maklumat disimpan berasingan dalam ingatan tetapi tersusun melalui medan pemaut yang merangkaikan satu unit dengan satu unit yang lain. | Kamus Komputer |