membuaikan | 1. mengayunkan buai: ~ anak sehingga terlena; 2. menyebabkan berbuai: angin yg bertiup lembut ~ janggutnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggayun | membuaikan, mengayun, menggoncangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gayun | ; menggayun membuaikan, mengayun, menggoncangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buai | ayun; berbuai 1. terayun sama ada ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan, berayun: gugusan buah di pohon itu ~ ditiup angin; 2. menaiki buaian: anak kecil itu ~ bersama kawan-kawannya;berbuai-buai berbuai berulang-ulang, berayun(-ayun): badannya yg gemuk kelihatan ~ apabila dia berjalan; membuai 1. menggerakkan sesuatu hingga berbuai-buai: alun besar ~ kapal; 2. mengasyikkan, melekakan, melenakan: hanyut dibuai khayalan; matanya dihalakan ke hadapan dan perasaannya tiba-tiba dibuai kesedihan;membuaikan 1. mengayunkan buai: ~ anak sehingga terlena; 2. menyebabkan berbuai: angin yg bertiup lembut ~ janggutnya;terbuai-buai terus berbuai beberapa kali, terayun-ayun;buaian 1. tempat tidur anak kecil yg boleh diayun atau tempat kanak-kanak berayun, ayunan; 2. bandul loceng; ~ digoncang, anak dicubit prb menyelimuti perbuatan (maksud) yg jahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |