membuangkan | membuang utk orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membuangkan | membuang utk orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuangkan | membuang utk orang lain. | Kamus Pelajar |
mencempungkan | membuangkan (memasukkan) ke air, menceburkan: Hamid mencuba ~ Tukwan, tetapi tidak ada tenaga; ~ diri turut campur dlm hal (pergerakan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melabuhkan pancing | membuangkan pancing ke air; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengetipan(clipping) | Proses membuangkan bahagian imej objek yang berada di luar sempadan tingkap paparan. Sinonim pengguntingan. | Kamus Komputer |
limbah III | Tr mencurahkan, membuangkan kesemuanya sekali: buat apa kamu ~ merata air itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyingkirkan | 1. menjauhkan (menghindarkan) dr: pergaulan di sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan; ~ diri dr keindahan dan kelazatan hidup di kota; 2. membuangkan, mengesampingkan, menyisihkan: utk mengolah sebuah berita secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri; sekularisme ~ nilai-nilai yg diperoleh dlm usaha-usaha utk mencari objektiviti dan ilmu yg dapat dimanfaatkan; 3. menyelamatkan ke tempat yg lebih aman, mengungsikan; 4. ki menjatuhkan (orang dr jawatannya), mengeluarkan (orang sbg ahli sesuatu badan dll): parti tersebut sedang mengambil langkah ~ anggota-anggota yg terlibat dlm perarakan haram itu; 5. ki menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi: setiap orang yg menentang Hitler disingkirkan; 6. mengelilingi sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan mengedari ayam betina); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menolakkan | 1. mendorongkan, menyorong-kan: maka dibawanya Sang Naya ke atas kota tinggi lalu ditolakkannya keluar; 2. membebankan pekerjaan (tanggungjawab): jangan ditolakkan kesilapan itu kpd orang lain, awak sendiri yg bertanggungjawab; 3. mengurangkan, membuangkan, memotong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cempung II | bunyi spt bunyi sesuatu jatuh ke air; mencempung 1. berbunyi cempung sewaktu jatuh ke air; 2. terjun ke air, mencebur, mencempelung; mencempungi 1. mencebur ke; 2. memasuki (mencampuri) hal orang dll; mencempungkan membuangkan (memasukkan) ke air, menceburkan: Hamid mencuba ~ Tukwan, tetapi tidak ada tenaga; ~ diri turut campur dlm hal (pergerakan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |