Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1. menjadikan tidak tertutup (bertutup): ~ almari; ~ bungkusan; ~ mata; ~ peti; ~ pintu; ~ tabir; 2. menanggalkan, melucutkan: ~ baju (pakaian); ~ kupiah (songkok, topi, dll); ~ kasut; 3. melepaskan, menguraikan, menetaskan: ~ buhul; ~ simpul; ~ tali; 4. membentangkan, mengembangkan: ~ tangan; 5. bp menghidupkan (lampu, kipas, radio, dsb) dgn memetik suisnya, memasang; 6. menebang-nebas (utk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka; ~ hutan menebang kayu-kayan utk dijadikan tempat menanam dll; ~ jalan a) menebas semak dll utk membuat jalan; b) membenarkan orang (kenderaan dsb) lalu, memberi jalan; c) ki pertama-tama mengerjakan sesuatu (yg memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori; d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yg dipohon dsb), memberikan panduan; ~ kebun menebas semak dll utk dijadikan kebun; ~ negeri menebas hutan utk dijadikan negeri; ~ tanah menebas hutan utk mendapat tanah bagi pertanian; 7. memberikan, mengadakan (peluang dll): ~ peluang pekerjaan yg luas kpd penduduk; 8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dsb); ~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dll; ~ kedai (toko, perusahaan, sekolah) memulakan kegiatan kedai dll; ~ serangan memulakan serangan; 9. mendedahkan, memperlihatkan: ~ hati; ~ rahsia (tembelang); ~ warna; ~ faal melihat tenung (utk meramalkan); 10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (spt makan dll): ~ selera (nafsu dsb); 11. mengumumkan dgn rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia utk digunakan dsb), merasmikan: Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu; 12. membenarkan (memberi peluang kpd) orang ramai utk menyertai (menyaksikan dsb): pameran ini dibuka kpd orang ramai dr pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam; ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu; ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dsb); ~ mata a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; ~ mulut a) bercakap, berkatakata, mengeluarkan kata-kata; b) mengadukan hal kpd seseorang yg difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dsb); ~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat; ~ telinga mendengar baik-baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1 menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2 menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3 menjadikan tidak bersimpul lagi: ~ tali. 4 menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup: ~ payung; ~ lipatan. 5 memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6 menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuka

Peribahasa

Memperlihatkan kurus tidak berbaju.

Bermaksud :

Membuka rahsia diri sendiri kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rekening(rékening) IB, bp perkiraan (wang langganan, wang sewa, dll), bil: dgn apa akan dibayarnya ~ doktor itu; ~ hotel sewa hotel; membuka ~ membuka perkiraan (di bank dll); meminta (menarik) ~ menagih pembayaran (wang langganan, sewa, dll); tukang ~ orang (pesuruh) yg menagih rekening.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengembangkan1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyu­kakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, ter­sebar, dsb), memajukan, meluaskan, menye­barkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganut­nya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh;Kamus Dewan Edisi Keempat
membuka rekeningmembuka perkiraan (di bank dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
membukakan1. membuka: ~ mata; 2. membuka utk: dia ~ suaminya pintu; dibukakan oleh isterinya dan ia pun masuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
pembuka1. orang yg membuka; 2. alat utk membuka (sesuatu): ~ botol; ~ surat; 3. awal, permulaan: ~ kata; ~ jalan a) perintis, pelopor; b) sesuatu yg memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan); ~ jalan fikiran sesuatu yg menimbulkan kesedaran: petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yg sebenar; ~ langkah sesuatu yg memulakan (kegiatan dll); ~ mata sesuatu yg menyedarkan orang atau pihak yg tertentu drpd kesilapan, kekurangan atau sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini: kebangkitan pemain senior yg menyerlah dlm beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; ~ pintu sesuatu yg memberi kesempatan kpd, sesuatu yg merintis jalan kpd; ~ selera makanan yg boleh mendatangkan selera.Kamus Dewan Edisi Keempat
cencang IIMn; ~ latih sawah (ladang) yg dibuka sendiri (jadi hak milik orang yg membuka­nya); mencencang = ~ melatih membuka tanah utk dijadikan ladang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kulum I; berkulum bergumam, berkemam (tidak membuka mulut); suaranya ~ suaranya tidak jelas kedengaran (kerana tertahan dlm mulut); tersenyum ~ tersenyum dgn tidak membuka mulut; mengulum 1. menahan atau membiarkan (gula-gula dll) di dlm mulut, mengemam: dikulumnya gula batu dlm mulutnya; 2. menggumam, mengeluarkan suara (perkataan dll) dgn tidak membuka mulut; ~ senyum tersenyum dgn tidak membuka mulut; terkulum dikulum, digumam: perkataan itu dikeluarkannya dgn suara yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pembuka1. orang yg membuka: ~ jalan. 2. alat yg digunakan utk membuka: ~ botol. ~ kata pendahuluan atau permulaan kata. ~ selera sesuatu yg membuka selera atau yg mendatangkan selera.Kamus Pelajar
beber(bébér); wayang ~ Jw sj wayang yg dipertunjukkan dgn cara membuka gambargambar yg terlukis pd kain putih yg bergulung;membeber membuka (gulungan, payung, dll); membeberkan 1. mengembangkan (bendera, layar, dll), membentangkan: jong itu telah ~ layarnya; 2. membentangkan: keterangannya ~ betapa banyaknya perubahan itu; 3. membuka (rahsia dll): dia suka ~ rahsia orang; beberan bentangan;pembeberan perbuatan membeber(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
membuka belangmenceritakan keburukan seorang kpd orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas