membukankan | mengatakan bukan; menyangkal: Dia telah ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membukankan | menafikan, memungkiri, mengingkari: mereka ~ ajaran Nabi Muhammad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membukankan | mengatakan bukan; menyangkal: Dia telah ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. | Kamus Pelajar |
bukan | 1 berlain drpd yg sebenarnya; tidak benar: Dia ~ saudaraku. Ini singa, ~ harimau. 2 kata yg digunakan pd akhir ayat utk menanyakan benar tidaknya sesuatu: Engkau hendak ke pasar, ~? bukan-bukan 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. membukankan mengatakan bukan; menyangkal: Dia telah ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bukan | 1. berlain drpd yg sebenarnya; tidak benar: Dia ~ saudaraku. Ini singa, ~ harimau. 2. kata yg digunakan pd akhir ayat utk menanyakan benar tidaknya sesuatu: Engkau hendak ke pasar, ~? bukan-bukan 1. tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2. amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. membukankan mengatakan bukan; menyangkal: Dia telah ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. | Kamus Pelajar |
bukan | 1. = bukannya sebenarnya tidak, berlainan drpd yg sebenarnya: anak itu ~ bodoh tetapi malas; ini ~ kali pertama ia datang ke mari; ~ begitu cara membuat kerja; 2. utk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir ayat): ini bukumu, ~? ~ barang-barang(sebarang) bukan biasa (sahaja); ~ buatan (kepalang, main) amat sangat; ~ logam unsur yg lain drpd logam; bukankah = bukantah apakah bukan; sebukan; seia ~ seia sekata;bukan-bukan 1. mustahil, tidak munasabah, tidak beralasan, tidak benar: fitnah yg ~; memikirkan perkara yg ~; bertanya yg ~; melepaskan kata nista yg ~; 2. amat sangat: ~ bodohnya; membukankan menafikan, memungkiri, mengingkari: mereka ~ ajaran Nabi Muhammad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |