membulat | menjadi bulat: Sejak akhir-akhir ini, tubuhnya kelihatan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membulat | 1. nampak bulat: segulung rambut pendek ~ spt sanggul; 2. menjadi bulat: perutnya yg ~ semakin jelas kelihatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membulat | menjadi bulat: Sejak akhir-akhir ini, tubuhnya kelihatan ~. | Kamus Pelajar |
senarai membulat(circular list) | Senarai berkaitan yang penunjuk unsur terakhirnya menunjuk kepada unsur pertama. | Kamus Komputer |
anjakan membulat(circular shift) | Tindakan menganjakkan bit atau aksara sehinggakan ia terkeluar di hujung daftar dan memasuki hujung daftar senarai yang berlawanan. | Kamus Komputer |
menggenteli | membulat-bulatkan (dgn hujung jari). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggentel | membulat-bulatkan (dgn hujung jari). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumbung | sesuatu yg membulat dan menonjol keluar; ~ dubur Id dubur yg keluar, prolapsus ani; ~ rahim Id rahim peranakan yg tertonjol keluar, prolapsus uteri; ~ kelapa (nyiur) kecambah di dlm buah kelapa (yg telah tua) yg berwarna putih kekuningan, isinya lembut dan boleh dimakan; sakit ~ sakit buasir; bertumbung ditumbuhi atau ada tumbung: kami pergi ke kebun utk melonggokkan buah kelapa yg sudah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gentel | (géntél) pil (ubat), butir, until, gelintir; bergentel berbentuk spt butir, berbutir; bergentel-gentel berupa atau berbentuk banyak butir, berbutir-butir; menggentel, menggenteli membulat-bulatkan (dgn hujung jari). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menembusi | 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. meresap terus ke sebelah yg lain, melantas, merembes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (pertahanan dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |