menghamilkan | 1. membuntingkan, mengandungkan (dlm keadaan pd ketika bayi dalam kandungan): perempuan itu sangat sihat ketika ~ anak sulung; 2. menghamili; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunting | 1. mengandung (biasanya dipakai utk binatang), hamil: kambing itu sudah ~; 2. batang padi menjadi bengkak kerana buahnya hendak keluar: patah dua tiga batang, pokok padi tengah ~; ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar; ~ harimau (orang yg suka) marah-marah semasa bunting; ~ jolong mengandung utk pertama kali; ~ kecil bunting yg masih kecil; ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd sembilan bulan; ~ padi peri kecantikan betis perempuan; ~ pelamin mengandung pd bulan pertama berkahwin; ~ sarat (tua) bunting sudah genap bulan;membunting menjadi (nampak) bunting: betisnya ~ padi;membuntingi menyebabkan bunting, menghamili, menghamilkan: ia telah ~ gadis itu;membuntingkan 1. sedang mengandung (di dlm perut): pd masa itulah makmu ~ engkau; 2. menyebabkan bunting, membuntingi: siapa yg telah ~ kau?buntingan kandungan; pembuntingan proses (perbuatan) membuntingkan anak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuntingkan | 1. sedang mengandung (di dlm perut): pd masa itulah makmu ~ engkau; 2. menyebabkan bunting, membuntingi: siapa yg telah ~ kau? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hamil | 1. mengandung, bunting: maka raja perempuan pun ~lah, setelah genap bulannya maka beranak seorang laki-laki; 2. kandungan: ~ perempuan itu terlalu besar; menghamili menyebabkan seseorang mengandung: selepas ia ~ isterinya ia pun tak pulang-pulang; Khun Rea menyebar fitnah menyatakan Tok Raja ~ Sucinda; menghamilkan 1. membuntingkan, mengandungkan (dlm keadaan pd ketika bayi dalam kandungan): perempuan itu sangat sihat ketika ~ anak sulung; 2. menghamili; kehamilan keadaan hamil, masa sedang hamil: bilangan wanita yg berjumpa dgn doktor dan bidan pd awal ~ sedang bertambah di Malaysia; ~ ektopik (Ubat) kehamilan di luar rahim; ~ palsu keadaan wujudnya tanda-tanda kehamilan spt tidak datang haid dan perut yg membesar tetapi tidak ada janin akibat adanya tumor atau ketidakseimbangan hormon; penghamilan perihal menghamilkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
impregnasi | (imprégnasi) (Ubat) 1. proses menghamilkan manusia atau membuntingkan haiwan; 2. proses menepukan sesuatu tisu, biasanya dgn pewarna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuncitkan | 1. membesarkan (perut), menggendutkan: ~ perut; 2. bk menyebabkan mengandung, membuntingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buncit | 1. besar perut, gendut: kerana kesenangan hidup, perutnya makin bertambah ~; 2. bk mengandung, bunting: Lijah sudah ~ lima bulan;membuncit menjadi buncit, nampak buncit: walaupun dia memakai baju kurung, nampak perutnya yg ~; membuncitkan 1. membesarkan (perut), menggendutkan: ~ perut; 2. bk menyebabkan mengandung, membuntingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandung | 1 karung kecil tempat menyimpan wang (emas dll); kantung; pundi-pundi: Dia mengeluarkan wang dr ~nya. 2 pundi-pundi peranakan; rahim. mengandung 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. mengandungi menjadi sbg kandung kpd: Gelas ~ air. mengandungkan sedang mengandung (anak); membuntingkan; menghamilkan: Dia sihat semasa ~ anak sulungnya. terkandung sudah dikandung; terdapat di dlm sesuatu; termuat: Dia mencurahkan segala yg ~ dlm hatinya. kandungan 1 apa-apa yg termuat di dlm sesuatu; isi: ~ buku itu sangat baik. ~ hati apa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati. 2 anak atau bayi yg masih dlm rahim ibu. 3 kantung tempat anak dlm perut ibu; rahim. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bunting | 1 dlm keadaan mengandung anak kecil dlm rahim (biasanya digunakan utk binatang); terdapat anak yg masih kecil di dlm rahim: Kambing yg dibeli drpd Pak Ngah Ali dahulu itu sudah ~. 2 sudah berisi bakal buah atau bakal bunga pd tumbuh-tumbuhan: Padinya sudah ~. ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar dan hampir akan melahirkan anak. ~ kecil bunting yg masih kecil. ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd 9 bulan. ~ padi bentuk betis yg cantik sekali. ~ pelamin mengandung dlm bulan pertama perkahwinannya (bkn wanita). ~ sarat (tua) bunting yg sudah genap tempohnya. ~ sulung bunting yg pertama kali. membuntingi menyebabkan jadi bunting; menghamili: Pemuda yg ~ gadis itu telah ditahan oleh pihak yg berkuasa. membuntingkan sedang mengandung (anak); mengandungkan: Sewaktu ~ engkau dulu, emak selalu saja sakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bunting | 1 dlm keadaan mengandung anak kecil dlm rahim (biasanya digunakan utk binatang); terdapat anak yg masih kecil di dlm rahim: Kambing yg dibeli drpd Pak Ngah Ali dahulu itu sudah ~. 2 sudah berisi bakal buah atau bakal bunga pd tumbuh-tumbuhan: Padinya sudah ~. ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar dan hampir akan beranak. ~ kecil bunting yg masih kecil. ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd 9 bulan. ~ padi bentuk betis yg cantik sekali. ~ pelamin mengandung dlm bulan pertama perkahwinannya (bkn wanita). ~ sarat (tua) bunting yg sudah genap tempohnya. ~ sulung bunting yg pertama kali. membuntingi menyebabkan jadi bunting; menghamili: Pemuda yg ~ gadis itu telah ditahan oleh pihak yg berkuasa. membuntingkan sedang mengandung (anak); mengandungkan: Sewaktu ~ engkau dulu, emak selalu saja sakit. | Kamus Pelajar |