membuta tuli | tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuta | 1. berpura-pura buta; 2. bk tidur: saya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi;3. = ~ tuli = buta-butaan tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuta | 1 melakukan diri seolah-olah buta; berpura-pura buta. 2 = ~ tuli tidak mempedulikan apa-apa pun; berbuat sekehendak hati saja. 3 bk tidur. | Kamus Pelajar |
cemburu buta | cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemburu | 1. iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll); 2. kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll), curiga: hatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dgn temannya; 3. hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dll dikotori atau dinodai): mereka menjaga adat resam mereka dgn perasaan ~; ~ buta cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli; bercemburu berasa cemburu; mencemburui 1. iri hati akan; 2. mencurigai, mengesyaki; 3. menjaga: orang Melayu sangat kuat berpegang pd agama dan ~ agama mereka; mencemburukan 1. iri hati (akan seseorang atau sesuatu): apa benar yg dicemburukan oleh mereka itu; 2. menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka); cemburuan 1. = bercemburuan saling cemburu; 2. iri hati; kecemburuan 1. perihal cemburu; 2. kecurigaan, syak; pencemburu (orang yg) bersifat cemburu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senduk I | 1. segala jenis alat yg digunakan utk mencedok nasi (menimbuk gulai dll), centong, sudip: ~ nasi (gulai dll); 2. sudu, camca: ~ makan (teh, sup, dll); ~ dan periuk (belanga) lagi berhantuk (berlaga) prb suami isteri (kaum keluarga dll) ada kalanya berselisih juga; ~ berdegar-degar nasi habis budi dapat prb kalau membuat pekerjaan kurang hati-hati akhirnya akan mendapat malu; ~ besar tak menge-nyang prb janji sahaja yg banyak dibuat tetapi tidak ditepati; berani ~ pengedang, air hangat direnanginya prb berani yg membuta tuli; kulai-balai bagai ~ didukung prb orang yg lemah lembut gerak-gerinya; menyenduk mencedok dgn senduk: ia terus ~ nasi ke pinggan suaminya, kemudian ke pinggannya sendiri; menyendukkan mencedok (mengaut dll) sesuatu utk membubuhkan; tersenduk sudah disenduk, tercedok; nasi ~ tidak termakan prb tidak dapat merasainya walaupun sudah diperoleh, belum menjadi rezeki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belalang I | sj serangga yg bersayap dan berkaki panjang; jenis-jenisnya: ~ bajang; ~ daun; ~ hijau; ~ jarum; ~ kunyit; ~ mekah; ~ padi; ~ patung; ~ pelesit; ~ ranting; ~ rusa; pak ~ orang yg selalu mujur dgn tidak sengaja (ramalannya selalu benar dgn tidak disengajakan); ~ dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan); ~ telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia; bagai mencari ~ atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil; mata ~ belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buta | 1 tidak dpt melihat kerana rosak matanya: Abangnya mengajar di sekolah orang-orang ~. 2 ki tidak tahu atau tidak ingat. ~ ayam a. pandangan menjadi kabur pd waktu senja. b. waktu senja. ~ belalang (celik) tidak dpt melihat tetapi matanya celik. ~ bular buta kerana biji matanya berselaput. ~ hati a. tidak berperasaan belas kasihan. b. tidak dpt menerima pengajaran orang. ~ huruf (kayu) tidak tahu menulis atau membaca. ~ kesip (pecah) buta kerana pecah biji matanya atau kerana tiada biji mata. ~ larangan tidak dpt melihat dgn jelas. ~ malam tidak dpt melihat pd waktu malam. ~ warna tidak dpt membezakan warna. membuta 1 melakukan diri seolah-olah buta; berpura-pura buta. 2 = ~ tuli tidak mempedulikan apa-apa pun; berbuat sekehendak hati saja. 3 bk tidur. membutakan menyebabkan menjadi buta. | Kamus Pelajar |
but III | buta 1 tidak dpt melihat kerana rosak matanya. 2 ki tidak tahu atau tidak ingat. ~ angka tidak tahu mengira atau tidak pandai mengira. ~ ayam a. pandangan menjadi kabur pd waktu senja. b. waktu senja. ~ belalang (celik) tidak dpt melihat tetapi matanya celik. ~ bular buta kerana biji matanya berselaput. ~ hati a. tidak berperasaan belas kasihan. b. tidak dpt menerima pengajaran orang. ~ huruf (kayu) tidak tahu menulis atau membaca. ~ kesip (pecah) buta kerana pecah biji matanya atau kerana tiada biji mata. ~ larangan tidak dpt melihat dgn jelas. ~ malam tidak dpt melihat pd waktu malam. ~ warna tidak dpt membezakan warna. membuta 1 melakukan diri seolah-olah buta; berpura-pura buta. 2 = ~ tuli tidak mempedulikan apa-apa pun; berbuat sekehendak hati saja. 3 bk tidur. membutakan menyebabkan menjadi buta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buta | 1. tidak dapat melihat: sekelilingnya hitam pekat bagaikan kedua-dua belah matanya benar-benar ~; 2. tidak terang melihat; ~ rabun = ~ radam mata kabur; 3. ki tidak tahu (menulis, membaca, dll), tidak dapat mengenal (warna, huruf): Karim memang ~ bahasa Inggeris; 4. dlm erti tidak ada (mempunyai) sesuatu; gaji (wang) ~ gaji tanpa bekerja; perigi ~ perigi yg tidak berair; surat ~ surat tanpa nama si pengirim; 5. kata utk menyatakan amat sangat; gelap ~ sangat gelap; malam ~ malam yg sangat gelap; pagi-pagi ~ pagi-pagi sangat; sepeser ~ pun tidak ada sesen pun tidak ada; ~ angka tidak pandai atau tidak tahu mengira; ~ ayam a) rabun (kabur mata) waktu senja; b) petang hari (sesudah waktu senja); ~ belalang buta tetapi mata tidak rosak; ~ belengset buta dgn kelopak mata bahagian bawah terkeleweh; ~ bular buta kerana mata berselaput; ~ celik = ~ cemik = ~ cemer buta dgn biji mata yg tidak rosak; ~ hati a) tidak berhati perut, kejam; b) gelap fikiran (tidak berpengetahuan); ~ kayu bp buta huruf; ~ kesip = ~ pecah buta dgn biji mata yg pecah (rosak); ~ komputer tidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer; ~ larangan tidak dapat melihat jauh; ~ malam buta pd malam hari; ~ mereluh buta langsung; ~ perut a) bp tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dlm melakukan sesuatu perbuatan); b) ki asal makan saja (tidak peduli rasa makanan); ~ rengga Kl bermacam-macam jenis buta; ~ siang buta pd siang hari; (mem)buta tuli tidak peduli, tidak mengendahkan sesuatu apa; ~ warna tidak dapat membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu; bagai si ~ pergi bergajah prb pekerjaan yg sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan); bongkok baru betul, ~ baru celik prb orang yg hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada; orang ~ dapat tongkat, dipukulkan ~ tuli = spt si ~ baru melihat prb sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan); orang ~ diberi bersuluh prb perbuatan yg sia-sia; spt orang ~ kehilangan tongkat prb berada dlm kesukaran; si ~ membilang bintang di langit prb membuat pekerjaan yg sia-sia; yg ~ peniup lesung prb walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya; membuta 1. berpura-pura buta; 2. bk tidur: saya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi; 3. = ~ tuli = buta-butaan tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati); membutakan membuat buta, mengakibatkan buta: perompak itu ~ kedua-dua belah mata mangsanya; kau pula hendak ~ hati aku; kebutaan perihal buta, keadaan buta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |