Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pecah1 (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berbelah-belah: hancur, remuk, rapuh, ripuk, patah, kopak,

2. Bersinonim dengan merekah: retak, sompek, repih, terbelah, sumbing, robek, sobek, lulu cabik, rabak, koyak,

3. Bersinonim dengan meletup: meletus, meledak, meledos, pancit,

4. Bersinonim dengan tersebar: terbongkar, tercetus, tersiar, merebak, bocor,
Berantonim dengan tersimpan

5. Bersinonim dengan bermula: meletus, mencetus, terbit,

6. Bersinonim dengan serak: serau, garuk, pecah suara, sumbang, janggal, sember,

7. Bersinonim dengan berpisah: cerai-berai
Berantonim dengan bersatu

Kata Terbitan : berpecah, memecahkan, terpecah-pecah, pecahan, perpecahan, pemecahan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membelah1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah;Kamus Dewan Edisi Keempat
dobrakJk; mendobrak 1. memecahkan (me­rosakkan) pintu dll: saya terpaksa ~ pintu bilik saya kerana kehilangan kunci; 2. melanggar (barisan musuh dll), merempuh; pendobrakan 1. perihal atau perbuatan me­rosakkan atau memecahkan pintu (pagar dll); 2. penggempuran (barisan pertahanan musuh dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
merinci1 memecahkan atau membahagi-bahagikan sesuatu kecil-kecil. 2 menerangkan atau menjelaskan satu per satu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencekah1 memecahkan se­suatu dgn mengapitnya dgn kedua-dua belah tangan: ~ manggis. 2 membuka sudut (kangkang dsb); menguakkan: ~ pangsa durian. 3 menarik kuda-kuda senapang atau pistol supaya dpt me­nembak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merinci1. memecahkan (membahagi-bahagikan) kecil-kecil, menghuraikan kecil-kecil; soal yg rumit itu telah dapat dirinci telah dapat dipecahkan; 2. menerangkan (memperkatakan, merancang, dll) dgn me­nyebut bahagian yg kecil-kecil, menerangkan dll sampai kpd perkara-perkara yg sekecil-kecilnya, memperincikan: ~ masalah negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendobrak1. memecahkan (me­rosakkan) pintu dll: saya terpaksa ~ pintu bilik saya kerana kehilangan kunci; 2. melanggar (barisan musuh dll), merempuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
mencangkul1. memecahkan (menggemburkan dll) tanah dgn cangkul, memacul; 2. ki mem­bolot (mengambil) sesuatu (wang, harta, dll): agen-agen gelaplah yg ~ wang; ~ angin mengomong-omong kosong.Kamus Dewan Edisi Keempat
cangkulalat utk memecahkan (menggemburkan dll) tanah, pacul: ~ burung Ph linggis (ala­bangka); menjual tangkai ~ sekah prb men­ceritakan (membualkan) hal yg tidak ada ke­benarannya; mencangkul 1. memecahkan (menggemburkan dll) tanah dgn cangkul, memacul; 2. ki mem­bolot (mengambil) sesuatu (wang, harta, dll): agen-agen gelaplah yg ~ wang; ~ angin mengomong-omong kosong.Kamus Dewan Edisi Keempat
membahagi1. membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yg sama): keuntungan itu dibahagi dua; 2. memecahkan dan memberikan kpd: hasil kutipan itu dibahagi rata kpd rumah-rumah anak yatim piatu; 3. memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dgn sesuatu bilangan atau angka lain: lapan dibahagi empat; ~ konkrit mencari beberapa kali sesuatu angka yg terdapat di dlm angka lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
pecah I1 menjadi berbelah atau kecil-kecil: Pinggannya jatuh ke lantai lalu ~. 2 menjadi retak atau merekah kulitnya: Bibirnya ~-~. 3 terbelah kulitnya dan terkeluar isinya: Telur itu jangan dipegang kuat-kuat, nanti ~. 4 tidak bersatu lagi; terbahagi kpd beberapa golongan atau kelompok: Sampai di suatu simpang, pasukan askar itu ~ dua. 5 bermula (perang, darurat dll): Sebelum ~ perang Pasifik, Malaya diiktiraf sbg negeri Melayu. berpecah mengikut haluan masing-masing; berpisah: Di persimpangan itu, mereka ~ ke arah masing-masing. berpecah-pecah bercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan). memecah menjadi pecah-pecah: Ombak ~ di pantai. memecahkan 1 menjadikan pecah; merosakkan dll hingga pecah: Siapa yg ~ piring itu? 2 menjadikan berpisah-pisah atau bercerai-cerai: Mereka telah ~ harta itu kpd tiga bahagian. 3 membuat keputusan atau kepastian ttg sesuatu masalah; menyelesaikan: Bagaimana caranya hendak ~ soal pemogokan ini? pecahan 1 benda yg sudah pecah atau yg sudah dipecahkan: ~ kaca. 2 angka yg bukan angka bulat, spt , , . ~ wajar pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya, spt , . perpecahan perihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau berpecah-pecah: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. pemecahan perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). pemecah 1 orang yg memecahkan sesuatu: ~ amanah; ~ rahsia. 2 alat atau bahan yg digunakan utk memecahkan sesuatu: ~ batu; ~ lemak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456789

Kembali ke atas