pekik | 1. teriak yg kuat, jerit: “tolong!”, ~nya dgn suara yg menyeramkan; 2. sorak atau teriak (sbg semboyan dll): sejurus kemudian kedengaran pula ~ merdeka bergemuruh; kedengaran ~ anak-anak bermain di halaman; ~ jerit = jerit ~ pekikan dan jeritan; ~ pekuk bermacam-macam pekik dan jerit; berpekik = memekik; memekik berteriak kuat, menjerit: mahu rasanya ia meraung dan ~ sekuat-kuatnya; ~ sampai ke langit memekik kuat-kuat; memekikkan 1. mengatakan sesuatu dgn suara yg keras, meneriakkan, menjeritkan: ia membuka mulut hendak ~ segala kecemasannya; 2. ki menyeru-nyerukan, melaung-laungkan, mengheboh-hebohkan; terpekik tiba-tiba memekik; terpekik-pekik terjerit-jerit (kerana kesakitan, ketakutan, dll): anak-anak perahu itu ~ ketakutan kerana perahu mereka hampir-hampir terbalik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memekikkan | 1. mengatakan sesuatu dgn suara yg keras, meneriakkan, menjeritkan: ia membuka mulut hendak ~ segala kecemasannya; 2. ki menyeru-nyerukan, melaung-laungkan, mengheboh-hebohkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekik | , = pekikan 1 suara panggilan yg kuat; teriak yg keras; jeritan: Jerit dan ~ orang di dlm kapal yg terbakar itu tidak terkira lagi. 2 sorak atau teriakan sbg isyarat. memekik berteriak kuat-kuat; menjerit: Mahu rasanya saya ~ sekuat-kuatnya. memekikkan meneriakkan sesuatu dgn suara yg kuat; melaungkan. terpekik-pekik terjerit-jerit kerana ketakutan dll: Kadang-kadang dia meracau-racau dan ~ hendak lari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pekik, = pekikan | 1 suara panggilan yg kuat; teriak yg keras; jeritan: Jerit dan ~ orang di dlm kapal yg terbakar itu tidak terkira lagi. 2 sorak atau teriakan sbg isyarat. memekik berteriak kuat-kuat; menjerit: Mahu rasanya saya ~ sekuat-kuatnya. memekikkan meneriakkan sesuatu dgn suara yg kuat; melaungkan. terpekik-pekik terjerit-jerit kerana ketakutan dll: Kadang-kadang dia meracau-racau dan ~ hendak lari. | Kamus Pelajar |