palun | Mn; berpalun-palun berpeluk-pelukan, peluk-memeluk, berbelit-belit; memalun memeluk, membelit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memeluk | 1 memegang sesuatu rapat-rapat ke dada sendiri dgn kedua-dua belah tangan; mendakap; merangkul: Baginda pun ~ dan mencium anakanda baginda serta dgn tangisnya. 2 masuk atau menganut sesuatu agama: ~ agama Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memeluk agama | menganut atau masuk sesuatu agama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memeluk lutut | a) mendakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-apa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memeluk | mendakap, merangkul: maka baginda pun segeralah ~ dan mencium anak-anda baginda dgn tangisnya; ~ lutut a) mendakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-apa; ~ agama menganut atau masuk sesuatu agama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memeluk | 1 memegang sesuatu rapat-rapat ke dada sendiri dgn kedua-dua belah tangan; mendakap; merangkul: Baginda pun ~ dan mencium anakanda baginda serta dgn tangisnya. 2 masuk atau menganut sesuatu agama: ~ agama Islam. | Kamus Pelajar |
dar I | Ar (dlm kata majmuk) tempat kediaman, daerah, negeri (negara), alam; ~ al-baqa tempat yg baqa (iaitu akhirat); ~ al-fana tempat yg tidak kekal (iaitu dunia); ~ al-harab negara yg belum memeluk agama Islam; ~ al-Islam negara yg sudah memeluk agama Islam; ~ al-jalal syurga yg terindah; ~ al-salam a) alam yg aman; b) syurga ketujuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpeluk (memeluk) tubuh | a) = tubuh badan keseluruhan jasad; b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota); c) diri (sendiri); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggomol | memeluk orang kerana hendak menjatuhkannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendakap | memeluk: Dia ~ anaknya utk melepaskan rindu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |