periksa | ; memeriksa 1 melihat-lihat dgn teliti utk mengetahui betul tidaknya dll: Pd sebelah malamnya pula, beliau sibuk ~ buku rampaian murid-muridnya. 2 menyelidik atau mengkaji utk mencari pengetahuan: Dia telah dipilih utk ~ gunung berapi di Jepun. peperiksaan ujian yg diadakan utk menguji pengetahuan (kebolehan dll) seseorang. pemeriksaan perbuatan atau hal memeriksa: Pusat Penyelidikan Getah Tanah Melayu selalu mengadakan ~ ke atas kilang-kilang yg mengeluarkan getah. pemeriksa orang yg memeriksa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
periksa | selidik, penyelidikan, siasat; kurang (tiada) ~ a) (saya) tidak tahu, entah; b) kurang hati-hati (teliti); salah ~ agak lambat (perbuatan); usul ~ penyelidikan (penyiasatan, penelitian); memeriksa 1. mengamat-amati (meneliti, melihat-lihat) utk mengetahui keadaan atau menentukan buruk baik dll sesuatu: ia ~ seluruh rumah itu sebelum memutuskan akan menyewanya; tugas jawatankuasa ini ialah ~ kira-kira jabatan kerajaan; 2. menyelidik (mengkaji) utk mengetahui atau mempelajari sesuatu, menelaah (perkara, peristiwa, dll): doktor yg ~nya menyatakan ia tidak menghidap penyakit tersebut; bahan kimia ini harus diperiksa lebih lanjut sebelum diketahui kandungannya; 3. menyiasat (kejadian, perkara, dll), mempertimbangkan dan mengadili (perbicaraan), mengugut, menyoal (orang yg dituduh dll) utk mengetahui kebenarannya (kesalahannya): Jabatan Pencegah Rasuah akan ~ segala tuduhan menerima rasuah; 4. mengamat-amati, mengawasi: beg-beg kami lama diperiksa kastam di Changloon; baginda ~ barisan kehormatan sebelum merasmikan persidangan; memeriksai sl menyiasat (kejadian, perkara, dll), menyelidiki: maka titah Raja Pahang pd Laksamana, “Orang tuan membunuh saudara sepupu Seri Akar Raja, baiklah tuan periksai”; memeriksakan 1. memeriksa utk (orang lain): sesudah disiapkannya rencana itu ia meminta kawannya ~; 2. meminta (membiarkan) supaya diperiksa; peperiksaan ujian (utk menentukan kebolehan atau kepandaian seseorang): kira-kira 60% sahaja penuntut-penuntut sekolah itu masuk ~ Sijil Rendah Pelajaran; pemeriksaan 1. perbuatan memeriksa, penyelidikan, penelitian, pengusutan: di hospital, doktor telah menjalankan ~ terhadapnya utk menentukan jenis penyakit yg dihidapinya; 2. hasil atau pendapat drpd memeriksa: ~ yg baik akan memberi panduan kpd kanak-kanak dlm pelajaran mereka; pemeriksa orang yg memeriksa: ~ kira-kira. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguji | 1. memeriksa mutu emas dgn meng-gunakan batu uji; 2. memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar (kekuatan-nya, kebaikannya, dll): dia mengambil lading pusaka itu serta ~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-benar hendak ~ cakap saya; 3. menduga kepandaian (ke-cekapan, kecerdasan, dll), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan sese-orang dll): memberikan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dlm sesuatu perkara; akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencubakan | 1. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidaknya, dll), mencuba: silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan; 2. menguji (memeriksa) sesuatu dgn menggunakannya: elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dlm perbincangan itu nanti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneliti | 1 memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti. 2 memperhatikan dgn sungguh-sungguh; memandang dgn tepat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meneliti | 1. memeriksa (mengkaji, menyelidik) dgn cermat: mereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yg sudah kulalui; 2. memerhati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelidiki | 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk men-dapat keterangan dsb tentang sesuatu: bebe-rapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyedang | 1. memeriksa (menilik, mencuba) sedang atau tidak: ~ baju; 2. = sedang-menyedang Mn mencukupi, memadai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memeriksakan | 1. memeriksa utk (orang lain): sesudah disiapkannya rencana itu ia meminta kawannya ~; 2. meminta (membiarkan) supaya diperiksa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menentui | Mn 1. memeriksa (supaya ke-tahuan), mengusut, menyelidiki; 2. menanyakan (bagaimana halnya dll), mengambil tahu: ~ nasib anak buahnya; 3. pergi menengok (orang sakit dll), menjenguk; 4. menyelesai-kan (hutang), menjelaskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |