memicu | menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
picu | pemetik (pistol, senapang, dll); memicu menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
get(gate) | 1. Peranti yang mempunyai satu saluran output dan satu saluran input atau lebih. Keadaan output ditentukan oleh keadaan input. 2. Isyarat yang digunakan untuk memicu pergerakan isyarat lain dalam litar. 3. Salah satu elektrod pada peranti transistor kesan medan (FET) yang digunakan dalam cip litar komputer. | Kamus Komputer |
kotak hitam(black box) | 1. Unit peralatan elektronik atau mekanik yang hanya perlu mengetahui punca input dan output, ciri dan tugasnya sahaja. Kandungan dan cara kerja perkakasan dalam unit tersebut tidak perlu diketahui untuk menggunakan peralatan tersebut. 2. Peranti elektronik yang digunakan secara haram untuk memberhentikan isyarat yang memicu meter pembilang telefon bagi tujuan mengelakkan pembayaran bil yang tinggi bagi penggunaan penghantaran data. | Kamus Komputer |