pilu I | 1. (berasa) sangat terharu, rawan: saya berasa terharu dan ~; 2. (berasa) sangat sedih, hiba: sedih dan ~ hatinya melihat anaknya bersiap-siap hendak membawa untung; memberi ~ hati mengharukan (menyedihkan, merawankan) hati; memilukan 1. mengharukan (merawankan) hati: perasaan yg ~ hatinya itu tetap menggeletarkan suaranya; 2. menyedihkan: yg paling ~ hatiku kini ialah tingkah laku anakku; kepiluan 1. perihal pilu, kesedihan; 2. = kepilu-piluan berasa pilu (hiba, sedih, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memilukan | 1. mengharukan (merawankan) hati: perasaan yg ~ hatinya itu tetap menggeletarkan suaranya; 2. menyedihkan: yg paling ~ hatiku kini ialah tingkah laku anakku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyedihkan | 1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, mendukacita-kan: apa yg ~ hati adik? 2. berasa sedih kerana sesuatu: tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyilukan | 1. = ~ diri berlaku sopan sekali (gadis); 2. memilukan (menyedihkan, merawankan) hati; 3. menimbulkan ngilu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghiris | 1 memotong atau mengerat tipis-tipis: Emaknya ~ bawang di dapur. 2 = ~ hati ki menyakiti hati; memilukan; melukakan (hati): Dia tidak dpt melupakan peristiwa yg ~ hatinya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghiris | 1. memotong atau mengerat tipis-tipis: Emaknya ~ bawang di dapur. 2. = ~ hati ki menyakiti hati; memilukan; melukakan (hati): Dia tidak dpt melupakan peristiwa yg ~ hatinya itu. | Kamus Pelajar |
mengharukan | 1 menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan: Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2 ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengharukan | 1. menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan: Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2. ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. | Kamus Pelajar |
silu | 1. berasa segan, malu, takut-takut: dgn tidak ~-~ lagi, dia mendapatkan orang itu dan memeluknya; 2. berasa sedih (pilu, rawan, dll) hati; 3. tidak senang mendengar (bunyi benda bergeser dll), ngilu; menyilukan 1. = ~ diri berlaku sopan sekali (gadis); 2. memilukan (menyedihkan, merawankan) hati; 3. menimbulkan ngilu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedih II | 1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dlm hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; 2. menyebabkan rasa pilu (susah, hiba): Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya; berita ~; cerita ~; bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita: dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh; menyedihkan 1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, mendukacita-kan: apa yg ~ hati adik? 2. berasa sedih kerana sesuatu: tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu; kesedihan perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~; penyedih orang yg mudah berasa sedih (selalu berasa sedih). | Kamus Dewan Edisi Keempat |