Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pindah; berpindah 1 beralih tempat (kediaman); pergi menetap ke tempat lain: Minggu depan saya akan ~ ke Kelang. 2 bertukar atau berganti kenaikan (tempat kerja dll): Sesampai di Melaka, mereka telah ~ bas. 3 = berpindah-pindah merebak atau menular (bkn penyakit): Kurap ialah sj penyakit yg mudah sekali ~. ~-randah selalu bertukar tempat. ~ tangan bertukar pemiliknya. memindahkan 1 meletakkan atau mengalih ke tempat lain; membawa berpindah: Kerajaan telah ~ kaum setinggan ke rumah-rumah pangsa. 2 mengubah bahasa sesuatu karangan dll; menterjemahkan: Tidak mudah ~ bahasa Arab ke bahasa Melayu. 3 mengalih kuasa dll ke pihak lain. 4 mengalih anak semaian dsb ke tempat lain: Semasa ~ semaian itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak terjejas. pindahan sesuatu yg dipindahkan: barang ~. perpindahan hal berpindah: ~ haiwan, baik jauh atau dekat, berkaitan dgn masalah mencari makanan utk hidup. pemindahan perbuatan atau hal memindahkan: Inilah permulaan ~ kuasa syarikat ke tangan kerajaan Inggeris.Kamus Pelajar Edisi Kedua
aruh; mengaruh 1 memindahkan aliran elektrik (daya besi berani) kpd sesuatu tanpa bersentuh dgn puncanya. 2 mendatangkan atau memberi kesan kpd sesuatu. aruhan 1 proses memindahkan aliran elektrik (daya besi berani) kpd sesuatu tanpa bersentuh dgn puncanya. 2 daya yg mendatangkan kesan kpd sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengeluarkan1 memindahkan barang dll ke sebelah luar; membawa ke luar: Dia ~ sehelai sapu tangan dr dlm sakunya. 2 melahirkan atau menyatakan (pendapat dll): Mereka tidak mempunyai kebebasan dan tidak boleh ~ fikiran sendiri. 3 membelanjakan wang utk sesuatu: Mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk membiayai projek itu. 4 menerbitkan buku, majalah dll: Dewan Bahasa akan ~ kamus Inggeris-Melayu tidak lama lagi. 5 menghasilkan getah, bijih timah dll: Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ getah asli. 6 menghentikan drpd jawatan dll; memecat: Ia telah dikeluarkan dr persatuan itu kerana kecurangannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengaruh1 memindahkan aliran elektrik (daya besi berani) kpd sesuatu tanpa bersentuh dgn puncanya. 2 mendatangkan atau memberi kesan kpd sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menterjemahkan1. memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan: masalah kekurangan buku dlm bahasa kebangsaan boleh diatasi dgn ~ buku-buku bahasa Inggeris; 2. ki membawa pengertian, men­tafsirkan: penguat-kuasaan boleh diterjemah­kan sbg langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain; 3. menukarkan atau mengubah sesuatu kpd keadaan, bentuk dsb yg konkrit atau nyata: segalanya akan menjadi kenyataan sekira­nya kita ~ impian itu kpd pelan tindakan yg berkesan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengetepikan1. memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan ~ kain-kain buruk yg berselerak di rumah itu; 2. tidak memen­tingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka ter­paksalah dia ~ harga dirinya; 3. tidak me­ngen­dahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya ~ idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak ~ Datuk Bendahara; 5. menge­luarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkir­kan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah ~ semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa ~ keputusan Mahkamah Tinggi;Kamus Dewan Edisi Keempat
alihan(move)1. Tindakan memindahkan data dari satu kedudukan ke kedudukan lain. 2. Tindakan memindahkan objek dari satu titik koordinat paparan grafik ke titik koordinat yang lain.Kamus Komputer
alihan blok(block move)1. Tindakan memindahkan blok data dari satu bahagian fail ke bahagian, atau ke fail, lain. 2. Tindakan memindahkan satu blok teks dari satu bahagian dokumen ke bahagian lain dalam pemprosesan perkataan.Kamus Komputer
aruh;mengaruh 1. memindahkan aliran elektrik (daya besi berani) kpd sesuatu tanpa bersentuh dgn puncanya. 2. mendatangkan atau memberi kesan kpd sesuatu. aruhan 1. proses memindahkan aliran elektrik (daya besi berani) kpd sesuatu tanpa bersentuh dgn puncanya. 2. daya yg mendatangkan kesan kpd sesuatu.Kamus Pelajar
terjemahmenterjemah membuat kerja-kerja terjemahan; menterjemahkan 1. memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan: masalah kekurangan buku dlm bahasa kebangsaan boleh diatasi dgn ~ buku-buku bahasa Inggeris; 2. ki membawa pengertian, men­tafsirkan: penguat-kuasaan boleh diterjemah­kan sbg langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain; 3. menukarkan atau mengubah sesuatu kpd keadaan, bentuk dsb yg konkrit atau nyata: segalanya akan menjadi kenyataan sekira­nya kita ~ impian itu kpd pelan tindakan yg berkesan; terjemahan 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah) diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2. cara (gaya, kaedah) menterjemah; ~ bebas cara men­terjemah yg menunjukkan bahawa pen­terjemah tidak mengikuti gaya penulisan atau penyampaian penulis asal karya yg diter­jemah­kan; penterjemahan perihal (kerja, usaha, dsb) menterjemahkan; penterjemah orang yg menterjemahkan sesuatu, juruterjemah.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas