mempan | 1 dpt dilukai dgn senjata; dpt terbakar oleh api: Orang itu telah ditembak berkali-kali tetapi tidak juga ~. 2 dpt menyembuhkan (bkn ubat); mustajab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempan | 1. dapat dilukai (oleh senjata dll), lut, boleh terbakar (oleh api): walaupun be-berapa kali ditikam, tetapi tiada juga ~; 2. manjur, mujarab, mustajab (ubat); 3. ki dapat menerima nasihat (ajaran dll): Murad tidak ~ disindir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telap I | 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air; menelap makan pd (senjata), mempan pd, melukai, mencederakan, mengena. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelap | makan pd (senjata), mempan pd, melukai, mencederakan, mengena. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lut I | dimakan senjata, telap (oleh senjata), mempan; telut II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lut | dpt ditembusi benda-benda tajam (spt keris, lembing); mempan; telap (oleh senjata): Orang kebal tidak ~ oleh peluru atau senjata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telut II | dapat melukai (bkn senjata tajam dll), lut, mempan, telap; tidak ~ tidak dapat dilukai, kebal ® lut I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telap | 1 dpt menembusi (ttg senjata tajam, spt keris); makan; mempan. 2 dpt dilukai oleh senjata; lut: tiada ~ oleh senjata. 3 dpt dimasuki atau dpt diresapi air dll. menelap makan pd (ttg senjata); melukai; mencederakan. ketelapan keadaan atau sifat telap: Permukaan cerun itu sentiasa kering oleh sebab ~ batu-batannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telap | 1 dpt menembusi (ttg senjata tajam spt keris dsb); makan; mempan. | Kamus Pelajar |