pelopor | 1. orang yg berjalan di hadapan (dlm perarakan dll), orang yg berjalan dahulu (utk meninjau atau melihat-lihat), pemimpin, penganjur, peninjau: pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan merupakan ~ dlm tugas menyatupadukan rakyat menghadapi ancaman dr dlm dan luar negeri; 2. orang yg mula-mula mengusahakan (mewujudkan) sesuatu, perintis jalan, pengasas: di Filipina kaum intelek yg berpendidikan Barat menjadi ~ nasionalisme, politik, dan kebudayaan; 3. pasukan perintis (tentera dll) yg bergerak di hadapan sekali; 4. (Bio) bahan pemula dlm pembentukan sesuatu sebatian; mempelopori, memelopori 1. mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan, dll), memimpin, mengepalai: komplot itu khabarnya dipelopori oleh beberapa orang pemimpin Pergerakan Pemuda negeri; aku sendiri mahu ~ membuka dusun durian, dusun manggis yg moden dan besar; 2. merintis atau membuka jalan (utk): sejarah perkembangan politik Indonesia sejak mula-mula lagi dipelopori oleh mahasiswa dan pelajar sekolah tinggi; kepeloporan perihal (kebolehan, keupayaan) sbg pelopor: kegigihan dan semangat ~ pemimpin masyarakat Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |