Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.ra.kui]/[mem.pe.ra.ku.i]/ | ممڤراکوءي

Definisi : mengesahkan: lantikan ter­sebut adalah sah dan diperakui oleh undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperakui


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memperakuimengesahkan: lantikan ter­sebut adalah sah dan diperakui oleh undang-undang;Kamus Dewan Edisi Keempat
kejituanperihal jitu, ketepatan, kewajaran: Husserl menerima dan memperakui ~ pendapat mereka; tidak cukup dgn hanya menggunakan istilah dan tatabahasa yg betul sahaja, tetapi seharusnya dapat me­mancarkan ~ bahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
jitukena pd tempatnya, tepat benar: dia menjawab pertanyaan itu dgn ~; menjitukan mengenakan dgn tepat (jawab­an, pukulan, dll), memberikan jawaban, dll secara tepat: ~ pendapat serta memperoleh jawaban yg tepat; kejituan perihal jitu, ketepatan, kewajaran: Husserl menerima dan memperakui ~ pendapat mereka; tidak cukup dgn hanya menggunakan istilah dan tatabahasa yg betul sahaja, tetapi seharusnya dapat me­mancarkan ~ bahasa; penjituan proses menjitukan sesuatu benda: pembaikan imej boleh dilakukan melalui komputer dgn menggunakan perisian ~ imej kodak.Kamus Dewan Edisi Keempat
akukata ganti diri pertama (biasa dipakai sewaktu berdoa kpd Tuhan atau di antara orang yg rapat perhubungan mereka, tetapi agak kasar terhadap orang yg perlu di­hor­mati); beraku memakai kata aku (dlm perbualan dll); ~ berengkau memakai kata aku dan engkau; beraku-akuan 1. saling memakai kata aku; 2. saling menerima atau berjanji akan setia sbg (saudara dsb): mereka bukanlah sbg orang asing lagi, malah ~ saudara di dunia dan di akhirat; mengaku 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya mengata­kan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa dirinya (pandai, tidak bersalah dll); 3. menanggung, menyanggupi: siapa yg ~ biaya­nya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak; ~ bapak; ~ hartanya; 5. mem­banggakan (memegahkan) diri: di mana-mana, ia ~ saja; mengakui 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada (berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4. me­ma­suki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin; memperakui mengesahkan: lantikan ter­sebut adalah sah dan diperakui oleh undang-undang; memperakukan 1. memberikan sokongan (utk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2. me­nge­mu­kakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~ beberapa buah buku utk diter­jemahkan; teraku diakui: mazhab Hanafi merupakan salah satu drpd empat mazhab yg ~ dlm agama Islam; akuan 1. segala sesuatu yg diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yg menolong pa­wang); orang ~ orang yg dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yg mujarab ubat atau man­teranya); keakuan sifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri: kerana ~, ia tidak dapat menerima teguran; perakuan 1. proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yg diperakukan, saranan serta sokongan (utk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan; pengakuan 1. perihal (perbuatan, pernya­taan) mengaku atau mengakui: dia telah mem­buat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas