Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.be.sar] | ممڤربسر

Definisi : menjadikan lebih besar, membesarkan lagi: rumah itu sudah besar, janganlah diperbesar lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.be.sar] | ممڤربسر

Definisi : menjadikan lebih besar drpd yg ada: Kerajaan bercadang hendak ~ pasukan tentera negara kita ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperbesar


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memperbesarmenjadikan lebih besar drpd yg ada: Kerajaan bercadang hendak ~ pasukan tentera negara kita ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memperbesarmenjadikan lebih besar, membesarkan lagi: rumah itu sudah besar, janganlah diperbesar lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
memperbesarmenjadikan lebih besar drpd yg ada: Kerajaan bercadang hendak ~ pasukan tentera negara kita ini.Kamus Pelajar
menggombengmemperbesar lubang, menjadikan renggang.Kamus Dewan Edisi Keempat
mempertambahmenjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, mem­perluas: adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri;Kamus Dewan Edisi Keempat
gombeng I(gombéng) ark; menggombeng memperbesar lubang, menjadikan renggang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kali I1. darab (digunakan utk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan): tiga ~ empat (jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan; tanda ~ tanda × (dlm kira-kira darab); 2. waktu (keja­dian dll) yg berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dll sesuatu: setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; jam di dinding berbunyi lapan ~; inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; bilang ~ setiap kali; julung ~ pertama kali; kali-kali daftar hasil darab yg tersusun, sifir; sekali 1. satu kali: ~ angkat saja, habis semuanya; sambutan itu diadakan setahun ~; 2. suatu ketika (waktu dsb); ~ persetua (peristiwa) pd suatu kejadian (digunakan dlm sastera lama utk memulakan cerita); 3. semuanya pd satu waktu (dilakukan, dikerja­kan, dll), pd waktu yg sama, sekali gus, (dgn) serentak: menghulurkan empat keping tiket ~; Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dgn yg lain (nya), juga: kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; kaedah menulis karangan diberikan dlm setiap pelajaran dgn contoh dan latihannya ~; 5. amat, terlalu, sangat: orang yg penting ~; rumah itu bagus ~; ia berada di muka ~; ~ gus (melakukan sesuatu dll) dgn satu kali sahaja atau serentak : mereka mahu membayar baki hutang mereka ~, gus; ~ harung bp semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dsb) dgn satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yg sama, sekali gus; ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu; ~ lalu a) sekali imbas; b) (dgn) serentak, sekali gis; sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja; sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-­kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu; sekalipun = jika... ~ = walau... ~ meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; bersekali bersama-sama sekali (dgn), ber­serta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas; berkali-kali beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; mengalikan, memperkalikan mendarab­kan, menggandakan: ~ 2 dgn 7 (= 14); kalian 1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir; sekalian 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; perkalian 1. pendaraban, perbanyakan, per­gandaan; 2. hasil darab; pengali Id pendarab; pekali angka yg ditulis sebelum sesuatu lambang: dlm 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx.Kamus Dewan Edisi Keempat
memperluasmenjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menumbuhkan1. menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah: baja ini gunanya utk ~ benih semaian itu dgn cepat; 2. menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dll) dgn sempurna, memperbesar, memperkembang: tidaklah lebih menguntungkan bagi Filipina utk pindah kpd bahasa Melayu-Indonesia drpd ~ bahasa Filipina itu; 3. mendatangkan (menimbulkan, menerbitkan) sesuatu perasaan (perselisihan dll): pertentangan mata antara gadis dgn pemuda itu akhirnya ~ kasih sayang yg tiada taranya;Kamus Dewan Edisi Keempat
cemara I1. bulu ekor kuda (lembu dll) yg dijadikan rambu perhiasan pd tombak (parang dll): ~ tombaknya spt bunga lalang; 2. bulu ekor kuda (lembu dll) yg diberi bertangkai utk dijadikan kipas (menghalau lalat dll); 3. rambut tambahan (drpd rambut, nilon, dll) yg digunakan utk memperbesar sanggul; 4. sesuatu yg menyerupai bulu ekor kuda (spt bulu jagung dsb); ~ babi sj tangkal.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas