mempercekap | menjadikan lebih (bertambah) cekap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempercakapkan | Id menjadikan cakap (mahir, dapat, mampu) utk melakukan sesuatu, mempercekap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempercakap | Id menjadikan cakap (mahir, dapat, mampu) utk melakukan sesuatu, mempercekap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakap II | 1. Id sanggup, boleh, mampu, dapat (membuat sesuatu), dapat dan pandai melakukan sesuatu, cekap; 2. elok, cantik, rupawan; 3. Mn tangkas, lekas, pantas, cekap; bercakap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; mempercakap, mempercakapkan Id menjadikan cakap (mahir, dapat, mampu) utk melakukan sesuatu, mempercekap; kecakapan 1. kesanggupan, kemampuan, kecekapan; 2. Id kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. Mn kepantasan membuat (mengerjakan) sesuatu, ketangkasan, kepantasan, kecekapan; ®cekap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekap | 1. boleh, dapat, mampu, sanggup: setelah ia ~ berdiri sendiri, keluarlah ia dr rumah itu; 2. dapat (berkebolehan) melaksanakan sesuatu (kerja dll) dgn cepat dan sempurna, pandai, mahir: ada beberapa ekor monyet yg betul-betul ~ bermain tunggang balik; kerja demikian memerlukan pekerja yg tekun dan ~; ia juga cukup ~ menyumpit; 3. elok, cantik, rupawan: mahasiswa-mahasiswa suka bercakap-cakap dgn gadis yg ~ itu; 4. lekas, pantas, tangkas: tangan Mawi lebih ~, pantas spt kilat; bercekap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu); mencekapkan menjadikan (bertambah) cekap; mempercekap menjadikan lebih (bertambah) cekap; kecekapan 1. kesanggupan, kemampuan; 2. kebolehan melakukan sesuatu (spt kerja dll) dgn cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. kepantasan membuat sesuatu (berfikir dll); ketidakcekapan perihal (sifat dsb) tidak cekap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |