mempercepat | menjadikan lebih cepat; memperderas; memperlaju: Beliau ~ langkahnya kerana langit kelihatan mendung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempercepat | menjadikan lebih cepat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempercepat | menjadikan lebih cepat; memperderas; memperlaju: Beliau ~ langkahnya kerana langit kelihatan mendung. | Kamus Pelajar |
memangkinkan | 1. (Kim) mempercepat tindak balas kimia dgn menggunakan mangkin: enzim ini ~ tindak balas glukosa terhadap asid glukonik; 2. ki mempercepat sesuatu tindakan (perubahan, proses, pembangunan dsb): begitu juga perkembangan ilmu ~ pertumbuhan industri; langkah itu dapat ~ usaha pembinaan lebih banyak rumah kediaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mangkin II | 1. (Kim) bahan (spt platinum, yis, dll) yg dapat mengubah kecepatan sesuatu tindak balas kimia tetapi ia sendiri tidak mengalami apa-apa perubahan; 2. ki faktor (unsur dsb) yg dapat mempercepat atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan dsb: gerakan bimbingan kerjaya Malaysia boleh menjadi ~ yg merapatkan perhubungan antara majikan dan institusi pelajaran bagi menerbitkan pekerjaan; memangkinkan 1. (Kim) mempercepat tindak balas kimia dgn menggunakan mangkin: enzim ini ~ tindak balas glukosa terhadap asid glukonik; 2. ki mempercepat sesuatu tindakan (perubahan, proses, pembangunan dsb): begitu juga perkembangan ilmu ~ pertumbuhan industri; langkah itu dapat ~ usaha pembinaan lebih banyak rumah kediaman; pemangkinan (Kim) pengubahan kadar tindak balas kimia dgn menggunakan mangkin; pemangkin faktor dsb yg mempercepat sesuatu tindakan (proses, perubahan dsb): ke-wujudan lebuh raya itu akan menjadi ~ pem-bangunan ekonomi sesuatu kawasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggegaskan | mempercepat, menyegerakan, mendesak supaya cepat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggegas | mempercepat, menyegerakan, mendesak supaya cepat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperligat | ki mempercepat, mempergiat (sesuatu usaha dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggesa-gesakan | menyegerakan, mempercepat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memburu-burukan | menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |